Salam hormat para penternak h4u (harulogi for unity). Tahun ini sedih buat kita kerana tak berkesempatan mengulangi detik manis perhimpunan HOROLOGY FOR UNITY (h4u) seperti tahun lepas yang diwarnai dengan berbagai koleksi penternak serata Malaysia.... Uihh manisnya kenangan itu.
Aku juga terasa tahun ini agak sunyi tanpa h4u jadi atas inisiatif sendiri aku meluangkan sedikit masa meerka design T-shirt h4u dengan tema '2011 special edition in appreciation to h4u members' yang juga sebagai memahat tanggal 4hb Disember 2010 sebagai 1st anniversary h4u.
Dengan kesibukan kerja hujung tahun agak pening juga nak memikirkan design konsep terbaru h4u kali ini , tapi setelah di edit beberapa kali inilah hasilnya...
2011 special edition in appreciation to h4u members!
GRAFIK A : Sesuai dengan menetera slogan 'horologi for unity' (kelabu) maka aku letak jam tangan (putih) sebagai simbol utama, dimana strap/tali jam itu umpama dua tangannya yang memeluk dan menyatukan para penternak berbagai rasa dan desa.
GRAFIK B: h4u (horology for unity) (kelabu) dengan angka '4' direka mirip 2 jarum utama jam, memandangkan perkataan 'h4u' dah laris diserata dunia maka aku jadikan ia objek utama di sini. Manakala bulatan separuh (dial jam) dengan mark indeks jam yang klasik dengan perkataan '2011 special edition in appreciation to h4u members ' didalamnya, dibawahnya logo pertama/tetap h4u berupa jam dan slogannya menjadi simbol h4u sampai bila-bila.
Apa warna t-shirt h4u 2011?
Mengambil warna asas sebuah jam klasik (s.steel/kelabu-hitam-putih) maka untuk t-shirt hitam...
T-SHIRT HITAM: GRAFIK A/B dengan dua warna iaitu kelabu dan putih istimewa (glow in the dark-bercahaya dalam gelap). Sangat garang di waktu malam maupun siang.
Aku tahu, ramai penternak selesa dengan imej lasak maka...
T-SHIRT HIJAU MILITARY: GRAFIK A dan B dengan dua warna iaitu hitam dan putih istimewa (glow in the dark). Sesuai digayakan bersama jam tangan lama. Jadi dua t-shirt ini mudah-mudahan menjadi kenangan h4u sepanjang 2011 yang tak kurang rancaknya.
Memandangkan kesibukan dan kesulitan lumrah hujung tahun maka edisi khas h4u ini dicetak 50 helai aje (25 hitam + 25 hijau), mudah aku nak urus saiz dan penghantaran haha.
WARNA: Hitam (25 helai) dan hijau (25 helai)
ZAIZ: XL, L, M, S
HARGA (termasuk pos): RM50 sehelai. dan RM100 sepasang (hitam dan hijau).
CARA TEMPAHAN: Kawan yang SUDAH BUAT BAYARAN PENUH SAHAJA boleh terus hantarkan sms ke 012 3939 084 dengan taipkan: WARNA /SAIZ/JUMLAH dan ALAMA.T POS. (Maaf banyak2, ini nak mengelakan kecelaruan urusan yang mungkin).
TARIKH AKHIR TEMPAHAN: 20hb DISEMBAR atau sehingga 50 helai habis (tertakluk pada mana dulu).
Salam Logo/gambar jam sebelah depan besau sangat nampak tak ekslusif dan kurang sesuai untuk dipakai dikhalayak cam kurang sesuai untuk dewasa..dah lah dibelakang dah besar..kalau yg didepan tu dibuat kecil saiz patch disebelah dada atau tengah yg lebih kecil akan lebih menarik.
ReplyDeletebest dah tu...utk hardcore/WIS jam, ini kira buah tangan istimewa!...
ReplyDeleteCepat order! Asan cakap tinggal 10 je, sebab demand tak sempat2. Menunggingla sapa yg tak dapat ...
ReplyDeletesalam,... betul idea anony.
ReplyDeleteTapi memandangkan h4u 'jenama yg baru' dlm komuniti kita maka baju ini perlu berkonsepkan 'poster' utk mudah kita mengenali dan dikenali maka saiz logo terpaksa besar supaya jelas dlm jarak tertentu. Itulah juga yg dipaparkan dlm edisi pertama dulu yg dikeluarkan khas utk program h4u hanya.
Sungguhpun begitu, edisi kali ini untuk pakai umum tanpa warna2 poster yg keras lagi. namun warna putih/logo perlu untuk memberikan sedikit titik tumpuan pndgan sekeliling.
saiz xxl ada tak?takut xl kecik...saya nak sepasang....
ReplyDeletelaju bebenor syair klasik.haha
ReplyDeletebook sy selai abg asan..kaler itam saiz L
...kena buat baju GOLF H4U pulak...hehe
ReplyDelete