Friday, December 9, 2011

HOTSHOTS!

Polis dengan topi besi.. mungkin ada yang tak pernah tahu haha...

Gambar tahun 1981 operasi memburu banduan yang terlepas dari Penjara Penang antara gambar-gambar menarik yang terkandung dalam...

HOTSHOTS, iaitu edisi khas sempena 40 tahun usia akhbar The Star. Di dalam terkandung beberapa gambar dan catatan menarik serta sedikit tentang sejarah akhbar The Star.

Antara yang termuat gambar Tunku Abdul Rahman Putera 1972, Al-Marhum pengerusi pertama juga penulis dalam akhbar The Star sehinggakan perkataan STAR di ambil dari nama beliau 'Suara Tunku Abdul Rahman'?

Gambar 1978, Perdana Menteri ke-3, kala ini aku berusia 10 tahun... jam apa Tun pakai? Sebagai penternak jam itu hal penting kita kena ambil tau haha.

Kes pembunuhan dan perbicaraan Canny Ong's dimana aku terpaksa kerap berulang ke makamah tinggi Shah Alam melakar situasi perbicaraan. Bukan itu aje, bahkan dalam  kejadian kemalangan tragis aku kadangkala terpaksa turun padang untuk kerja-kerja info-grafik juga.

Banyak lagi gambar-gambar hangat yang terkandung didalam Hotshots termasuk liputan pemburuan dan penangkapan  gangster terkenal 'Botak Chin'  1970-an. Aku 'kenal' dia 5 tahun kemudian setelah rumah ada TV dan bapak aku pula rajin bawa pulang akhbar jawi Utusan Zaman. 

Botak Chin dipenjara selama 5 tahun sebelum mati digantung 1981, menurut warden penjara tiap pagi apabila siaran radio RTM memulakan siarannya dengan lagu 'Negaraku'  beliau akan berdiri hormat seorang diri, hiba aku...

Sukan berbasikal, tengok topi dan basikal  1989...kira vintaj ni haha...

Aksi kumpulan pemuzik rocks tahun 80-an yang rancak membingitkan dunia hiburan, etah berapa ribu kumpulan rocks yang tumbuh dikala itu, semua lagu-lagu gorengan mereka masih rancak sampai kini... antara yang aku minati Wings, Search, Kembara (M.Nasir), Alleycats, Headwinds... Ella & The Boys aku kurang minat, sebab aku tak boleh dengar suara perempuan diserakkan kerana rocks haha.

Piala Merdeka 1976 Malaysia menyungkurkan Jepun 2-0. Ketika itu Jepun, Korea maupun Brazil kecut berdepan Harimau Malaya. Masa tu juga suratkhabar lama di ikat dengan getah skerap bulat-bulat kemudian ditendang buat bola haha, tiap petang kawan-kawan kampung main bola kat kebun getah.

Menarik gambar ni... teringat ketika aku terjun parit kecik-kecik dulu, time hujan je kawan-kawan panggil ajak main bola dan mandi parit.

Juga terkandung didalam sejarah 'Editorial Artist', seksyen penting dalam kerja-kerja grafik suratkhabar, disinilah tempat aku betapa selama 18 tahun! Antara yang dipaparkan ialah lakaran aku tu yang dihasilkan menggunakan cara tradisional haha... kenapa?

Pada 1970-80 an, seksyen grafik menggunakan 'cow' gum, cutter, pensil warna, marker warna, water colour, pen dakwat celup untuk kerja-kerja lukisan/grafik dan layout. Awal 90-an aku joint benda-benda itu masih digunakan kerana dikala itu aku tak percaya komputer boleh buat kerja tu semua hehe.

Tapi hari ini semua itu dah pupus, bahkan tangan tak dikotori lagi dengan 'cow gum' sehinggakan terasa macam baru selesai menoreh getah selepas membuat kerja-kerja 'cut n paste'. hari ini setiap pereka grafik berdepan dengan satu PC, mereka mesti kuasai 3 software penting didalamnya. Tapi skill individu/kreativiti masih menjadi bakat utama sebelum menyentuh 'mouse'nya.

Tersiar pada Nov 1997, 2 tahun setelah aku joint The Star. Ketika itu aku mewarna lukisan ini menggunakan Photoshop- Apple Macintosh. Strok bebas seperti ini di gelar 'lukisan kreatif' .. Kenapa? 

Kerana kita dikerah memnghasilkan idea yang menarik dengan ruang masa yang terhad, jadi kreativiti masa dan teknik menjadi keutamaan. 'Mahal' manapun lukisan yang dihasilkan ia mudah jadi 'murah' di kertas suratkabar, apa taknya...seminit selepas dibaca ia menghiasi bungkusan nasik lemak diwarung pula... Tapi itu tidak bermakna kualiti dan standard karya diabaikan...

10 comments:

  1. Bro Hassan,

    boleh dapatkan HOTSHOTS senaskah utk saya?

    ReplyDelete
  2. orang seni yang berseni...

    ReplyDelete
  3. Tu gambor PM stim isap rokok tu memang rare. Patutla fatwa merokok tu haram susah nak dilaksanakan ... ha ha!!!

    Tapi aku memang respect hasil seni ko San. Nilah yang baru dinamakan seni mengenal seni. Aku cadangkan ko komikkan kartun2 ko San, terutama yang pasal hantu2 belaan ko tu, mesti laris. Aku janji beli tiap2 bulan.

    ReplyDelete
  4. Anonymous3:29 PM

    bro..hotshot ni bila akan edar? percuma bersama the star?

    ReplyDelete
  5. Timakasih semua, HOTSHOTS boleh dibeli dr online> http://magazine.mobile88.com/thestar/bookstore/magsubdetails.asp?catId=13000&prodId=15141

    ReplyDelete
  6. gambo PM Tun Razak dikalung bunga tu pun rare...baru sekali ni aku tgk seumur idup aku haha

    ReplyDelete
  7. Anonymous10:48 AM

    gua respek lu bro...dr ayat2 yg di beri terasa nasionalism di dalam nya...perghh,botak chin pun sygkn negara ni...apa lg kita.. -apeq

    ReplyDelete
  8. Cinta itu seni... seni memekar apabila penuh dgn kecintaan. Beek mmg penseni yg sgt mencintai seninya sbb tu LU KLASS BRO....

    ReplyDelete