Thursday, March 31, 2011

TARIAN POCONG POCONG...

Poco poco: Senaman atau tarian? Perak mengharamkan tarian poco poco atas faktor keselamatan aqidah.
Walaupun fatwa bukan merangkumi seluruh negeri di Malaysia kita sebagai hamba rakyat perlu menghormati keputusan.

Senam robik > POCO POCONG... !!!

Monday, March 28, 2011

PRESMATIC, Selimut malam...

Setelah penat di bahangi siang,
dan apabila senja mula memanggil pulang. 
Aku melangkah kepenjuru malam...
berselimutkan kegelapan aku memerhatikan bintang-bintang....,
“Sekalipun jauh berjuta cahaya kau dapat jua  aku gapai di dalam selimut malam, semakin gelap semakin jelas kerlipan”.

Begitulah umpamanya SEIKO PRESMATIC ini yang semakin menyinar meskipun bintang ini sudah berusia lebih 30 puluh tahun.

Pandangan ufuk baratnya begitu mengujakan.

Tiada emas, intan atau berlian..yang mahal adalah kenangan silam. Inilah satu-satunya 'emas' yang halal dipakai lelaki....

Punggung licin berkilau-kilauan, tak perlu mengumpil serpihan DNA untuk mengetahui identitinya kerana disitu dah tertulis lengkap maklumat peribadinya.

Belek dekat-dekat, barulah nampak kehalusan seni buatannya.

Korang harus berterimakasih pada tangan kiri yang berkorban siang malam melakukan kerja-kerja cucian yang tak sanggup dilakukan oleh tangan kanan yang manja dan selalu minta didahulukan tu.

Jadi apa salahnya korang mengenang jasanya dengan kalungkan jam-jam
 sebegini ditangan kiri agar ia dipuji mata disekelilingnya dan tidak lagi ia dipandang hina?
Tapi janganlah menunjuk-nunjuk sehingga terlupa makan dan bersalaman dengannya pulak!

Saturday, March 26, 2011

BERUANG HITAM...$OLD

Aku tak minat jam chronograph! Kerana semak dan berserabut dengan jarum dan subdial! Begitulah sikap aku 30 tahun dulu yang hanya meminati jam yang ringkas dan mudah dilihat waktunya. Maka itu aku meminati pada jam military.
Kini segalanya dah berubah, jam chrono lama lebih aku minati dari model moden yang hangat tapi terlalu cepat basi..

Dikenali sebagai 'Black Panda'. Dial hitam dan indek keemasan...

...dipasangkan tali kulit buaya jadian menambat hati sesiapa yang melihatnya.

Suram cahaya senja yang terdampar itu membibit kenangan silam...kenangan 1977!  Wah! tengok jam terus berbunga-bunga bahasa haha...Panda 1977. mendengar lagu lama atau merenung barang-barang lama mungkin merupakan 'pintu' untuk kita kembali pada kenangan silam.










Model klasik ini mampu memberikan pengalaman yang istimewa yang tak mampu diberi oleh model-model baru hari ini. Kalau korang tak percaya cuba try test...

Wednesday, March 23, 2011

TIUB GAS...

Kini 'tsunami radioaktif' pula yang masih belum reda. Laut, darat dan udara sekeliling loji nuklear Fukushima terdedah kepada kebocoran radioktif akibat gempabumi. Mungkin ini semua petanda bumi semakin uzur. Air, udara dan tanahnya semakin nipis diratah 7 billion manusia diatasnya. Apakah itu petanda kalendar dunia akan berakhir 2012 ni? Kiamat? Mungkin belum...

Walaupun bencana mengganas dan memusnahkan sebahagian bumi, belum tentu ia menandakan kiamat alam ini. Bahkan ribuan tahun dulu bumi pernah menbenam seluruh spesis dinasour, kaum manusia berserta negeri dan kota.

Walau apapun bencana yang bakal, kehidupan harus diteruskan sesuai dengan semangat sabda junjungan s.a.w (kalau tak silap aku yang pernah aku dengar 25 tahun dulu) "Jika ada sebutir benih ditapak tangan mu, diketika itu kamu lihat langit sedang digulung (kiamat esok), tanamlah benih itu". Baiklah, kita teruskan urusan dunia, yang mana dengan urusan ini kita berbakti kepada kemakmuran bumi....jam.

Ada dua ketul jam ditangan aku yang menggunakan teknologi canggih luminous. Pertama aku beli  4 tahun dulu adalah LUMInox! Model diver.

Tiub halus yang terdapat pada jarum dan indek jam ni sangat unik.

Self-powered micro lights (3H), tiub halus mengandungi elektron gas tritium yang aktif bergerak dan menghasilkan cahaya apabila merempuh dinding tiub yang diselaputi luminous phosphors. -gambar dari http://www.worldtempus.com/en/brands/partner-brands/ball-watch/

Pada siang hari tiub 3H ini nampak biasa aje.

Tapi apabila mentari terbenam diufuk timur dan malam mula melabuhkan tirainya (eewah bahasa...) maka tiub-tiub ini mula mengeluarkan keramatnya. semakin kelat malam semakin terang ia.

Selain Luminox, Zeppelin diver ini juga dipasangkan tiub 3H hanya pada indeknya .

Dari jauh nampak macam biasa aje kerana tiub 3Hnya terlalu halus.

Tapi dari imej setalite kelihatan jelas tiub ini tersembunyi dan tertanam pada permukaan dial.

Umpama kunang-kunang (fireflies) di Kuala Selangor, tiub sentiasa bercahaya selama lebih 25 tahun!.

Sepertimana Luminox tiub ada dua warna, hijau dan kekuningan.

Pandanglah, lihatlah...alam ciptaan tuhan

Tiub berbagai warna pada dial memeriahkan suasana malamnya dan...

... walaupun pakai siang hari aku sengaja cari tempat gelap semata-mata nak tahu waktu ditangan haha.. seronok melihat nyalaan tiub gasnya.

Tuesday, March 22, 2011

Anfibio...

Sembang jam kali ini diserikan oleh tetamu jauh iaitu Bro Rosdi Ab Ghani dari Pahang.

Setelah pekena teh tarik secawan kami bersembang tentang beberapa model yang ada dibawa. Bro Radzi tak kedekut ilmu, masak dengan pengalaman. Haha, nasib baik ada hobi jam, dapatlah menemukan kita semua disini...syukur.

Anfibio dengan jarum merah ini salah satu tangkal lama yang meragut tumpuan kami.

Roamer Anfibio!

Sangat mengoda sanubari, tali kulit coklat yang menyegarkan ketrampilannya.

Sebatang jarum saat berwarna oren yang menjadikan wajah klasik ini kelihatan sporty.

ROAMER, yang sedap disebut.

Susah jumpa kini.

Rekabentuk klasik memang tak dimakan usia, segar sepanjang zaman...

...Lagi lama lagi bernilai dan ekslusif.


Sedap dipandang apatah lagi dipakai, jam lama sebegini memang 'jinak' dengan sesiapa saja, sangat mencuri tumpuan sesiapa saja.

Ini satu lagi model Roamer Searock milik Bro Zul jiran aku. Casing serupa tapi enjin tak sama.

Friday, March 18, 2011