Setelah penat di bahangi siang,
dan apabila senja mula memanggil pulang.
Aku melangkah kepenjuru malam...
berselimutkan kegelapan aku memerhatikan bintang-bintang....,
“Sekalipun jauh berjuta cahaya kau dapat jua aku gapai di dalam selimut malam, semakin gelap semakin jelas kerlipan”.
Begitulah umpamanya SEIKO PRESMATIC ini yang semakin menyinar meskipun bintang ini sudah berusia lebih 30 puluh tahun.
Pandangan ufuk baratnya begitu mengujakan.
Tiada emas, intan atau berlian..yang mahal adalah kenangan silam. Inilah satu-satunya 'emas' yang halal dipakai lelaki....
Punggung licin berkilau-kilauan, tak perlu mengumpil serpihan DNA untuk mengetahui identitinya kerana disitu dah tertulis lengkap maklumat peribadinya.
Belek dekat-dekat, barulah nampak kehalusan seni buatannya.
Korang harus berterimakasih pada tangan kiri yang berkorban siang malam melakukan kerja-kerja cucian yang tak sanggup dilakukan oleh tangan kanan yang manja dan selalu minta didahulukan tu.
Jadi apa salahnya korang mengenang jasanya dengan kalungkan jam-jam
sebegini ditangan kiri agar ia dipuji mata disekelilingnya dan tidak lagi ia dipandang hina?
Tapi janganlah menunjuk-nunjuk sehingga terlupa makan dan bersalaman dengannya pulak!
Betul tu, hadiahkan tangan kiri dengan jam bagi menghargai pengorbanannya dalam memastikan kita dalam keadaan bersih dan suci selepas melepaskan "hajat". Haha!!
ReplyDeleteini jam baik punya... dia punya enjin macam "steam-roll"... bole kasi "press"... automatic punya hoo...
ReplyDelete33 jewels tuh... berapa bps/bph?
ReplyDeleteMlm tadi ramai penternak sms aku tak dpt tido malam... terpaksa mintak bini buaikan
ReplyDelete...gara-gara presmatic ni katanya.
ReplyDeletejam ni xjual ke??he3
ReplyDeletenangis darahpun owner tak mau lepas gigitan
ReplyDelete