Sembang jam kali ini diserikan oleh tetamu jauh iaitu Bro Rosdi Ab Ghani dari Pahang.
Setelah pekena teh tarik secawan kami bersembang tentang beberapa model yang ada dibawa. Bro Radzi tak kedekut ilmu, masak dengan pengalaman. Haha, nasib baik ada hobi jam, dapatlah menemukan kita semua disini...syukur.
Anfibio dengan jarum merah ini salah satu tangkal lama yang meragut tumpuan kami.
Roamer Anfibio!
Sangat mengoda sanubari, tali kulit coklat yang menyegarkan ketrampilannya.
Sebatang jarum saat berwarna oren yang menjadikan wajah klasik ini kelihatan sporty.
ROAMER, yang sedap disebut.
Susah jumpa kini.
Rekabentuk klasik memang tak dimakan usia, segar sepanjang zaman...
...Lagi lama lagi bernilai dan ekslusif.
Sedap dipandang apatah lagi dipakai, jam lama sebegini memang 'jinak' dengan sesiapa saja, sangat mencuri tumpuan sesiapa saja.
Ini satu lagi model Roamer Searock milik Bro Zul jiran aku. Casing serupa tapi enjin tak sama.
semakin meriah, sana sini perjumpaan berlaku
ReplyDeletelawa roamer anfibio bersama seluar codroy cekelat
ReplyDeleteAbg Asan,,
ReplyDeleteAkhirnya keluar jugak jam roamer searock sy..hehe
lawa tu bro...nmpk sporty
ReplyDeleteBenda baik kita sebar-sebarkan...
ReplyDeleteLawa mmg lawa amar, cuba2 tukar tali jam utk dpkkan semangat yang hilang...semangat yg hilang ooo... xpdc
tahniah, romer cantik. i ada sebiji tapi dah rosak, tengah cari sebiji untuk replacement. :)
ReplyDeleteaku kerap tukar bang. kekadang selang 2 hari aku tukar.mabuk kuat ni
ReplyDeleteBeek, Radzi... knape x ajak bekas tuan roamer amphibio tu join korang? huhuhu
ReplyDeleteMaaf tuan, kita sebenornya tak plan awal pun. Lagipun aku takut 'keracunan' koleksi tuan..hehe
ReplyDelete