Friday, September 16, 2011

B-42

"Asan, ini jam manyak cantik, owner bili tapi tatak pakai, macam balu woo" kata tokey ketika aku lihat seketul Fortis B-42 terkurung dalam kotak pamerannya. Mula-mula sukar juga aku nak percaya, tapi setelah aku intai setiap milimeter tubuhnya seurat habuk pun tak lekat! Licin macam telur dikupas.

"Haiya calar pun tak da! Ish.. ini owner betut-betut tak tau pakai jam la tokey" jawab aku dengan kesal, kesal kerana terlalu kelihatan baru, jadi tak ada chance nak cincang harga lagi.

B-42 Marinmaster ni sangat segak dan tampan. Hitam/putih dan merah membuat muka jam sangat jelas dipandang dari jauh atau dikala gelap malah terlalu menonjol di tangan.

COSMONAUTS!

Tengok dekat memang puas pandang.





Mungkin kerana inilah tangan kiri selalu cemburu ...

3 comments:

  1. milik siapakah fortis ini..... huhuhu mantap....

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:36 PM

    tengok aje le sehari dua ni...hehe- timur

    ReplyDelete
  3. kat sini rupanya dia... Haha.. patut tinggal yg dial putih ja.... haha

    ReplyDelete