Sunday, September 18, 2011

MARINEMASTER...Selimut malam.

Malam ini embun begitu dingin sekali. Aku pandang di luar tingkap, langit kosong... Bulan dan bintang bagai dah digulung. Lampu jalanan yang pemurah menghulurkan sekumit sinarnya dilengan, dapatlah aku melihat waktu ditangan...  dekat 2 pagi. Andai kata langit dan bumi digulung, tiada yang tinggal dialam maya ini kecuali zat yang maha agung, maka apakah makna kewujudan ini? Bahagialah mereka yang berselimut...
Biarpun gelap malam ini, itu tak membutakan mata aku... dikala sekalian manusia kaku dibuai mimpi, aku masih menghadapkan pandangan ke langit. Tiba-tiba tangan aku terasa berat bagai ditarik sesuatu...

Seiko Marinmaster 300m...Hanya jari-jari ini dapat menceritakan keperkasaannya, kemantapan struktur binaannya menyebabkan detikan jarum saat tak kedengaran langsung walau jam ni disumbat di telinga.

"Manyak mantap!" kata pakar.

Dengan tali zulu Marinemaster (MM) ni kelihatan lebih segak.

Tak perlu direnung atau dibelek dekat-dekat, seimbas pandang dah cukup mengujakan. Suatu yang berkualiti tidak dapat dipadam dengan kata-kata.

Biarpun mahal namun ia tak pernah ketandusan peminat.

Betul kata seorang otai, seketul MM dalam koleksi, yang lain jadi lauk je.

Bezel seramik kelihatan berkilau menambah berat jam.

Bahagian dalam tersangat bersih.

Menawan ditangan maupun dilantai.

Apa tunggu lagi?..


Sudah 20 hari Aidilfitri berlalu, kaum muslim serata dunia kunjung mengunjung serta saling bermaafan, sedekah (zakat), juadah dan hadiah (angpow) buat fakir miskin sudah terlaksana. Kiranya pada hari raya ini banyak amal-amal mulia tercipta. Raya Aidiladha (Raya Haji/Korban) pula bakal menjelang. Hari kebesaran memperingati puncak ketulusan Nabi Ibrahim yang mengorbankan anak tersayang demi perintah Allah, pada yang hakikatnya juga menjadi puncak dan tujuan dalam kembara hati para salikin... aminn.

8 comments:

  1. Wei! Baru beli ka ni? Fuh!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Anonymous8:23 AM

    Tq shah hehe.. mcm menang award pulak hehe.-timur

    ReplyDelete
  3. San, macam tak terlarat je tangan ko nak angkat tu? Ko nak aku tolong simpankan ke?

    ReplyDelete
  4. Makin hebat koleksi bro!

    ReplyDelete
  5. Anonymous8:03 AM

    Tak de hal man, sblum beli jam ni hari2 aku angkat baldi penuh air tiap pagi.

    Mar, bukan koleksi yg makin hebat tapi napsu yg nampak makin hebat hehe...terimalah ia sebagai satu anugerah dan amanah...Kerana bila kita pakai kereta lebih besar umpamanya dah tentu 'sedekah' kita juga lebih besar, minyak/cukai/insuran kena keluar lebih. Tuhan tau kita tak upaya nak sedekah ribu-riban sekelepuk begitu aje, jadi dia cipta keinginan besar agar kita rasa berbaloi bila 'mesedekahkan' wang kita, walaupun hakikatnya semua wang itu pemberianNya. Jadi, bila kita beli burger di sebuah stall, jgn niat lain kecuali niat nak bersedekah aje. Iaitu bersedekah pada peniaga itu dengan jalan membeli dan bersedekah burger itu pada insan yg lapar, iaitu tubuh badan sendiri yang berhajat dan berkeinginan....aminn - timur

    ReplyDelete
  6. Ya! Aku setuju tu bro! Hehehe

    ReplyDelete
  7. Tu dia abg hassan berfalsafah yg wajar difikirkan bersama. InsyaALLAH, lagi banyak memberi, lagi banyak yang ALLAH pulak beri. Adus, racun lagi...

    ReplyDelete