Monday, July 18, 2011

TISSOT

Tiga tahun lamanya aku kembara mencari jawapan tentang satu persoalan hidup...
iaitu... "Kenapa aku mesti beli Tissot PR 516 nih?"

Tahun pertama: Aku lihat model ni terpampang disebuah kedai, RM1.7K! "Apa mahalnya?" Akupun malas nak layan dan membiarkan bisikan yang tak berdaya itu diseret angin bayu jauh kelaut tanpa simpati dan belaian ku... Err nampaknya bahasa aku dah sastera kan?.

Tahun kedua: Jumpa seorang kawan yang kebetulan ditangannya melekap erat model sama (tali st.steel brecelet)! Mungkin ini masanya aku berpeluang belek sepuas hati. Menurutnya dah 2 tahun dia lenjan didarat, terjun sungai dan laut! Kotoran degil? Tak berkesannn.... Mendengar akuan bersumpahnya tu bongkah batu yang menutup gua pintu hati aku mula berganjak sikit.

Tahun ketiga (2008): Aku singgah disebuah kedai jam di Petaling Jaya, nampak seketul PRS 516 dengan tali leather berlubang-lubang! Aduh, semburan gas pemedih mata yang membuat air mata aku berjurai-jurai macam air terjun ... Kantung poket aku mula bergoncang-goncang, tanda hati mula berkenan...RM1200 lebur dalam sekelip mata. Begitulah rupanya rezeki berubah bentuk dan berpindah-randah, itu semua kerja tuhan, jika Dia mahu rezekikan pula pada insan lain maka cukup Dia campakkan jemu dihati aku, insyallah petang dah jual kat kawan walhal paginya tadi begitu tergilakanya.

Bestnya, orang ramai dapat melihat komponen utama berkerja dikedua-dua bahagian depan dan belakang jam.

Memang puashati! Bezel hitam PVD dengan sapphire! Silap pandang macam jam diver.

..disulam 3 bilah jarum yang cantik bergaya.
Makin lama di renung makin lawa pulak... Ishh, kenapalah aku lambat memilikinya? 

Resah tak sanggup menanggung dijiwa
Salah tak tahu kasih bermula..
Peristiwa dalam ingatan 
kasih tercipta..
Senyumanku beri sungguh bermakna 
tapi sayang kau tak ketahui
hingga aku merana meracun hati membawa diri...

Haha...itulah serangkap sarikata lagu gazal Allahyarhamah Orkid Abdullah (alfatihah) berjudul 'Penawar Rindu', mungkin selama ini TISSOT ni dah lama menaruh hati kat aku, sayangnya aku tak layan hehe...sebabnya? Time tu aku tak minat gaya klasik digabungkan dengan gaya moden.

Tapi hari ini aku gabungan itu nampak mantap!

Model baru PRS516 dah ada dipasaran mengantikan model lamanya ni dan ada sikit perubahan dengan saiznya yang lebih besar. Tapi model ini masih terdapat di sesetengah pengedar rasanya. Komen korang tentang Tissot PRS516 ni?

10 comments:

  1. ni antara jam yg aku minati gak.. lawa. lasak. bergaya. mancho. jantan gitu.. tapi disebabkan tgn aku yg agak kechik.. aku simpan hasrat utk benda ni melilit di pergelangan tgn aku.. tapi sesekali terlihat mamat lain memakainya.. aduhhh.. x tertahan!
    tapi.. x bleh.. x bleh.. jam yg brsaiz besar bukan utk aku.. huaaaaa..!!

    ReplyDelete
  2. komen aku: 1. aku ingat jam diver, trsilap pandang. 2. kalu ia diver, chek inbox sms ko... dan 3. trlebih bayar utk jadi jam lasakan aku huhu

    ReplyDelete
  3. Lawa tissot ni. Terbaek!! Kalau ada jam Oris rotor merah harga lebih kurang macam ni.. aduh aduh!! Tak tahan!!

    ReplyDelete
  4. best nyerr dapat nengok "enjin" ETA model lama kat see through back case dia tuh!!!

    ReplyDelete
  5. Bekkk... enjin dia ETA 2836-2 kan! rhodium plated non-decorated ETA...

    ReplyDelete
  6. Anonymous9:23 PM

    pakcik,kalau rhodium plated decorated eta cote de-geneva ape semue bende alah takde la dijual krang 2k. Tissot is the most cheapest swiss watch ever. kalau orang cakap mahal, cakap kat die kepala hotak kau. sbb tu Tissot(skrag) hanye ade eta 2824,2836,G10.211,7750. 2893 pun takde. kalau buat kira yang dulu,mmg rhodium plated dgn bilah jarum sekali

    ReplyDelete
  7. Cantik tissot ni...jarum saat nya sama sahaja bagi kebanyakan tissot moden. Berbentuk "T" sebegitu.

    ReplyDelete
  8. Anonymous9:19 AM

    byk sangat model tissot yang aku tak berkenan sebenarnya kecuali yg ni. Tapi design meka mmg ada kelainannya-timur

    ReplyDelete
  9. salam bro bleh email x alamat kedai yg jual jam ni m.zaidighani@gmail.com

    ReplyDelete
  10. Saya ada beli jam tissot dari orang, tp saya tktahu ori ke tak. Hm. Sy beli jam tissot classic dream, belakang jam tu ada tulisan jungfraubahn, pastu ada tulisan 1912-2012, mohon pencerahan.

    ReplyDelete