JAM NOSTALGIA aku namakan kini sebagai mengantikan gelaran JAM VINTAJ, gelaran yang agak lusuh.
Beginilah kami kawan-kawan penternak JAM NOSTALGIA meredah gelap malam dan panas terik siang hari demi menunjukkan bakat ternakan masing-masing. Gambar kami (dari kiri Thom, Mr Farid, Tay dan Andy) yang berlonggok secara aman dimeja sebuah restoran di bandar Puchong tahun lepas.
Ternakan masing-masing beratur dan diatur untuk diratah mata satu persatu, memandangkan kesemua mereka banyak simpan Seiko nostalgia, maka spesis ini menjadi pilihan untuk diperdebatkan.
Koleksi Mr Tay ini rasanya bekas janda aku dulu yang aku ceraikan 3 tahun dulu...
Sejak itu aku tak pernah bersua lagi model Pepsi dial silver ni...huhu. Sampai kini aku belum jumpa lain kecuali yang dial hitam dan gold.
Hampir semua kami memiliki Seiko UFO, maka malam itu masing-masing melepaskan ternakan untuk bersabung tenaga diatas meja, macam sabung ayam atau sabung kambing jugak la...
Diantara mereka ini ada yang membelanjakan banyak duit membeli 5-8 ketul model yang serupa semata-mata nak melengkapkan satu menjadi model yang sempurna seperti asal! Kalau tak buat macam tu payah nak lengkapkan seketul tu dengan parts yang original katanya.
Wang boleh dicari dan dicuri, tapi Seiko nostalgia ni mana nak jumpa lagi?
Jam NOSTALGIA! aku namakan begitu kerana kebanyakan jam-jam ini mengulit kita kepada kenangan hebatnya. Korang dapat rasakan melalui rupa parasnya yang sangat berbeza dengan model hari ini. Gelaran UFO, PANDA, BULLHEAD, JUMBO, PEPSI, BIG BLUE pada model-model silam yang tiada lagi pada model-model penggantinya kini.
Penternak disini hanya simpan model Speedtimer aje!
Kami tutup tirai malam dengan seteguk lagi teh tarik yang manisnya hanya sampai ditekak, sedangkan model-model nostalgia ni memberikan kenangan puluhan dekad sekalipun hanya dengan memandangnya, kalau dipakai atau ditelan lagi mujarab kut? Ini bukan soal teknologi yang dah tentu jam-jam ini tak mampu menandingi model baru hari ini. Tapi nilai satu nostalgia seutas jam.
"Mana dapat?" Itulah soalan yang penuh bermakna yang selalu ditanyakan bila mana hamba rakyat melihat sebuah nostalgia ini melekap ditangan aku.
Koleksi yg cukup hebat. Gandingan mantap otai2 bersama jam2 yg juga mantap!
ReplyDeletenasib baik tak pakat pakai baju warna kuning! kalau pakai... syurrrr kena sapu bersih. bagi aku baju hitam H4U banyak nostalgia... ahak ahak
ReplyDeleteFuh, semua jam lama ... sama lama dengan tuan-tuannya! Ha ha ha!
ReplyDeleteTapi kan San, aku pun ada kenal sorang kawan yang banyak beli satu model jam tu sampai 5, 6 ketul. Dia nak buat apa tu, aku pun kurang pasti. Pekasam kot.
Di mana kan ku cari ganti..
ReplyDeleteserupa dengan mu...P.Ramle..hehe
jgn marah bro Asan..
Lagenda! 6139 silver tu mmg tak pernah nampak kat mana-mana
ReplyDeleteaku setuju dgn nama tu, jadi takle aku dipersalahkan krn selalu sebut'rare' sdgkan yg aku maksudkan ialah nostalgia. san, mulai hari ini bila sebut jam nostalgia, maka kaki2 jam tanpa bantahan akan ingat ko...sadis hehe
ReplyDeleteAkupun setuju dengan cadangan aku tu, mungkin nama ni akan aku promo pada aktiviti akan datang.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete