Seorang menghantar sebuah jam Rolexnya untuk diservice di sebuah kedai jam yang biasa aku melepak secara aman. Taukey terkejut bila melihat model Rolexnya, "Dari kecik sampai panjang wa tatak pelenah tengok Lolex empat segi ini macam!" kata taukey, mendengarkan itu lelaki itu terkejut jugak, "Ya ka?.. Cuba taukey kasi check betul-betul, ini model tahun berapa?". Taukey yang memang pakar jam-jam Swiss pun periksa enjin, enjin memang serupa Rolex. Tak cukup itu taukey buka kitab kuning model-model keluaran Rolex, dibelek satu persatu.. memang tak jumpa model serupa itu!
Taukey kata "Ini jam manyak cantik tapi wa punya filasat haa ini tipu punya!", lelaki itu terkejut. "Ya ka? mana tipu pulak? I beli RM8,000!" katanya macam tak percaya.
(Haiya... You sudah kena kencing, mana Rolex pakai AA bateri?!)
Serupalah kawan yang pernah beli Rolex dengan harga ribu ringgit, dia yakin itu ori kerana jam datang siap kotak dengan geran moto sekali. Time nak jual baru tahu status sebenar, ialah sesetengah pembeli sangat teliti sebelum meleburkan wang yang bukan sedikit. Kalau jam depa boleh tiru apalah setakat kotak dan kertas tu. Betul tak?
Ha ha ha! Memang lawak.
ReplyDeleteSedih gila.. Tipah tertipu beb!
ReplyDeletecari bomoh bg penjual lembut hati utk terima balik dan pulang balik bayaran...
ReplyDeleteAduh...8k tu...tak dapat bayang :p
ReplyDeletekalu terkena kat aku jadi geng le aku dgn kawan Hassan tu huhu...
ReplyDelete