Wednesday, March 23, 2011

TIUB GAS...

Kini 'tsunami radioaktif' pula yang masih belum reda. Laut, darat dan udara sekeliling loji nuklear Fukushima terdedah kepada kebocoran radioktif akibat gempabumi. Mungkin ini semua petanda bumi semakin uzur. Air, udara dan tanahnya semakin nipis diratah 7 billion manusia diatasnya. Apakah itu petanda kalendar dunia akan berakhir 2012 ni? Kiamat? Mungkin belum...

Walaupun bencana mengganas dan memusnahkan sebahagian bumi, belum tentu ia menandakan kiamat alam ini. Bahkan ribuan tahun dulu bumi pernah menbenam seluruh spesis dinasour, kaum manusia berserta negeri dan kota.

Walau apapun bencana yang bakal, kehidupan harus diteruskan sesuai dengan semangat sabda junjungan s.a.w (kalau tak silap aku yang pernah aku dengar 25 tahun dulu) "Jika ada sebutir benih ditapak tangan mu, diketika itu kamu lihat langit sedang digulung (kiamat esok), tanamlah benih itu". Baiklah, kita teruskan urusan dunia, yang mana dengan urusan ini kita berbakti kepada kemakmuran bumi....jam.

Ada dua ketul jam ditangan aku yang menggunakan teknologi canggih luminous. Pertama aku beli  4 tahun dulu adalah LUMInox! Model diver.

Tiub halus yang terdapat pada jarum dan indek jam ni sangat unik.

Self-powered micro lights (3H), tiub halus mengandungi elektron gas tritium yang aktif bergerak dan menghasilkan cahaya apabila merempuh dinding tiub yang diselaputi luminous phosphors. -gambar dari http://www.worldtempus.com/en/brands/partner-brands/ball-watch/

Pada siang hari tiub 3H ini nampak biasa aje.

Tapi apabila mentari terbenam diufuk timur dan malam mula melabuhkan tirainya (eewah bahasa...) maka tiub-tiub ini mula mengeluarkan keramatnya. semakin kelat malam semakin terang ia.

Selain Luminox, Zeppelin diver ini juga dipasangkan tiub 3H hanya pada indeknya .

Dari jauh nampak macam biasa aje kerana tiub 3Hnya terlalu halus.

Tapi dari imej setalite kelihatan jelas tiub ini tersembunyi dan tertanam pada permukaan dial.

Umpama kunang-kunang (fireflies) di Kuala Selangor, tiub sentiasa bercahaya selama lebih 25 tahun!.

Sepertimana Luminox tiub ada dua warna, hijau dan kekuningan.

Pandanglah, lihatlah...alam ciptaan tuhan

Tiub berbagai warna pada dial memeriahkan suasana malamnya dan...

... walaupun pakai siang hari aku sengaja cari tempat gelap semata-mata nak tahu waktu ditangan haha.. seronok melihat nyalaan tiub gasnya.

14 comments:

  1. hebat jam ni!!
    teringat masa belajar dulu2.. naik bas dr kb ke penang.. mlm.. terpaksa cari lampu suluh dlm bas, utk suluh pd jam tgk dah pukul berapa.. maklumlah di atas bukit timur-barat nu..

    kalau dulu aku ada yg ni seketul.. musti x yah bawak lampu suluh kecikk tu.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:26 AM

    aduhhh nafsu..nafsu...

    ReplyDelete
  3. sempoi..sempoi..kena hati2 gak pakai jam ni,bocor gas tu naya..hehehe

    ReplyDelete
  4. bocor tolak tepi, nak memiliki zepp. tu jugak huhu

    ReplyDelete
  5. Fuh! Best tul shots!

    ReplyDelete
  6. Guna macro shot tu... best!!.. Err.. citer pasal shots tu ke pasal jam ni asmar?

    ReplyDelete
  7. Kamera dia best... Ada SUPER MAKRO mode. Haha... Org lain cuma makro je.... Best tul. Hehe

    ReplyDelete
  8. San, Luminox tu auto ke? Aku pernah tengok byk model Luminox ni kat satu kedai kat BB/Low Yat. Ada satu tu rega sampai RM 10K! Tapi punyala loghat ah so tu, aku nak tengok dia siap tak bagi, sebab dia cakap jam ni mahal woo, sapuluh ribu. Piiirahhhh!

    ReplyDelete
  9. Micro mode mmg sesuai utk snap jam baru, kalau jam tua kena hati2, kerana silap perhitungan jam nampak bertambah tua.

    Man, luminox ni pakai swiss quartz. yg auto terlalu mahal dekat 2.5K! Jam tiub gas ni sesuai utk mereka yang aktif/memandu tgh malam.

    ReplyDelete
  10. Aku memang selalu aktif tengah malam San ...

    ReplyDelete
  11. Aku pun eer... hyperaktif

    ReplyDelete
  12. mlm adalah kehidupan sbnar aku dan jam pakai H3 sgt sesuai utk mrk mcm aku... H3 ni dah lama ada... Hamilton Military dah guna sjk tahun 60an lg

    ReplyDelete
  13. Betul tuan syed.. traser tu nak jual ke tuan? ada 3H tu!

    ReplyDelete
  14. Tuan Syed memangla buat kerja malam2. Amacam Seremban Tuan Syed? Rizal tunjuk saya jam Sekonda yang disedekahkan hari tu. Banyak sedekah jam Tuan Syed ni.

    ReplyDelete