Sunday, September 13, 2009

Diver 4r15

Ni Si Ah Hoo punya pasal le... dia tau kelemahan aku yg alergic dgn jam diver, selesai aku bayar utk jam Orient tetiba dia masuk stor dan buka kotak depan aku berisi besi putih ni, 4r15 seiko diver terbaru...
  


'Benda' ni buat aku tak mampu pikir panjang, terpaksa aku keluar 20helai kertas untuk ditukar dengan seketul besi keramat ni.
  

Ah Hoo kata, ini jam enjin 4r15 boleh jalan 4 hari tanpa makan/minum!
   


Jarum-jarum dail dempak-dempak semua dengan gigi bezel yg besarrr.
Date kat no 4.
    


Nampak semak.. line putih tebal bertindih-tindih. Berbanding dgn Orient di sebelah tu, muka bersih gila...
      


Tebal, rubber strap design baru lebih mencengkam, tapi aku tak suka strap baru ni, ditangan nampak terlalu kembang, mungkin utk disuaikan dgn tangan yg kecik.
  

Waa... kali ni ombak tsunami agak beso
   


44mm...saiz yang padan untuk sebuah jam diver era akhir zaman ni.
Selain enjin 4r15 yg belum aku test-drive tak ada yg lebih istimewa pada design baru ni, tapi cuba tunggu warna apa bakal menyerang pasaran nanti...

3 comments:

  1. Bapak beso! Tapi aku pun ada satu jam 44mm. Nampak besao... tapi bila tengok cermin, nampak smart juga. Sesuai juga akhirnya

    ReplyDelete
  2. Live nampak biasa aje, tapi bila aku tangkap gambar nampak besar semacam aje...salah pilih mode kamera rasanya, close-up mode la...

    ReplyDelete
  3. Anonymous10:12 AM

    4r15 (date), variasi drp 4r16 (day&date).
    dgr kata org 50hr power reserve, upgrade drp 7s26.

    jam tu mmg cantik. besar & clearly visible.
    ada jumpa kt isetan KLCC & Sogo.

    ReplyDelete