Tuesday, August 16, 2011

SEALION M-110 30JEWELS! (OFFER RM250 nett)

Agak pelik apabila mata aku tiba-tiba merenung lama model nos (nostalgia) ini, suatu fenomena luar biasa yang jarang berlaku pada aku. Raut wajahnya bagai ada rahsia dihatinya. Aku dekatkan telinga, jelas denyutan jantungnya seirama dengan sebuah jam kunci meja yang kuat dan berketul-ketul degupannya. Bahkan bila crownnya diputar membuatkan aku bertambah pelik, bagaimana jam kunci boleh memiliki 30 jewels sebagaimana tertulis didailnya?

Aku bawa plang jam ini untuk diuji secara mental dan fizikal, jadi aku tukar tali kulat kerana malas nak potong2 braceletnya yang cantik itu.

Memang cantik jam ni, dial warna putih! Bukan silver/white steel.

Dibelakangnya bertenggek seekor singa laut dengan kod M-110, tak pernah aku jumpa sebelumnya.

Terkerjut aku apabila membuka caseback! Ada rotor? Mati-mati aku sangka enjin kunci

M-110 mungkin merujuk pada jentera enjinnya 30 jewels ni.

Apapun jami ini segak biarpun berusia.

Reserve masa memuaskan.

Jarum saat berwarna putih dengan hitam dihujungnya.

Cuma indek minit dan tulisan 30 jewels itu ada kesan touch-up yang tak beberapa kemas jika dilihat dekat2.

Tapi ikhlas aku ingin katakan, jam selesa dipakai dan bagi aku ia memiliki salah satu enjin yang unik dalam sejarah Seiko.

3 comments:

  1. bek... ini enjin baguih punya bek...enjin 8306. syurrr...auto tapi boleh kunci kalu tak silap aku la. 6.5bps... okey tu dia punya harga, umur jam 34 tawwunnnn

    ReplyDelete
  2. Anonymous6:04 PM

    memang beek... enjin tak pernah aku jumpa sebelumnya. sekali imbas gaya penuh matang mirip rolek

    ReplyDelete
  3. abg asan ada lg ke jam ni??

    ReplyDelete