Tengah hari yang bahagia aku bersiar-siar di sebuah kedai jam di Kuala Lumpur. Setelah poket tipis dihakis 3 perayaan yang datang bersilih ganti aku cekalkan iman tak mau beli jam bulan ni!
Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya banjir ditengah hari! Apa taknya? Setiba disebuah kedai jam mata aku mula cari pasal, dia mula mengintai-intai aksi-aksi beberapa model di ruangan pameran...Nah! pada muka aku...Tangan aku tak mau balik tanpa dipeluk model seksi ini!
"Model ni baru sampai raya haji lepas, hanya ada dua ketul aje di sini" begitulah kenyataan berbaur hasutan yang mengusutkan lagi benang-benang fikiran aku yang sudah berpintal-pintal.
Memang lawa dan nampak klasik pada beberapa sudut tertentu.
Beberapa model baru kebelakangan ini menerapkan ciri-ciri reka bentuk silam yang evergreen.
Glass tinggi dengan bazel nipis
Angka sekeliling bazel dengan typeface 'modern'
Casing menyelimut kemas crown untuk perlindungan maksima.
Bazel 'terkeluar' dari casing yang melengkung, mudah untuk diputar.
Selaput plastik biru yang original! Ori...simpan weh! Mana le tau 10 tahun nanti ada kolektor tegar yang mau semua-semuanya original.
Siapa tak gocang iman bila melihat si dia bertahi lalat besar guli melekat bawah dagu!
Gelap? tiada masalah...
Mudah dan perkasa tapi belum tentu model baru ni dapat mencabar populariti turtle 6105 sana tu.
Lug panjang...
...Tapi itu bukan masalah kerana...
...ia dibentuk melengkung khas mengikut bentuk tangan aku.
Garis-garis bulatan menonjolkan kemasan.
Jarum dan tanda waktu besar gila! mudah dilihat dari jauh.
Kemas komponen dialnya.
Ujian puspakom, celup dalam air di kedalaman 20mm!
Hehe...lulus..
Pada mulanya aku sangka ia menggunakan casing Seiko Sumo, tapi sangkaan aku meleset...
"Yea yea! Sumo tak malu, nampak anu!" begitu le model baru ni mengejek Sumo yang tak cukup 'kain' nak tutup semua crownnya.
Mmg lawa tul jam ni. Ada sedikit keserasian dgn Sumo tapi byk keserasian dgn tak wan dia tu.
ReplyDeleteishh ishh Hassan ni cekap sungguh bab menggode kekawan ngan gambar yg penuh prassan ni...... terlior aku huhuhu
ReplyDeletedlm kesibukan aku beb. ari ni lama tak tgk sammy ngn 6105 aku... jntra baru atas tu lum bikin goncang iman gue...
ReplyDeletebekkk... apa nombor model jam nih? Pakai movement 7S36 assembled kat Singapore (sure punya lah!). memang evergreen. yang pasti vintage dia kat marker 12 tuh. bentuk 'shield' turun menurun dari turtle 6105...sama gak kat Marine Master 300m baru... sama! body dia ikut design body Seiko Sumo - lugs panjang. bezel punya konsep nampak macam 'starfish aka patrick' cuma nampak garang macam gigi JAWS yang isap rokok - pasal tu hitam! nampak macam diver swiss 70an pun ada (perasan ngko la bek). biasa la, Seiko punya casing dah makin radikal... mesti ada caca-merba punya pasal nak tambah product range atau siri... kalau pakai tali d'loyd lagi cunnn... apa la agaknya gelaran sibaru nih?
ReplyDeleteuppss... kepada peminat seiko diver, adakah anda perasan bahawasanya seiko diver generasi baru dah takde 'signature' sendiri... tak seperti jam diver lama/vintage dari 6217 sampai ke 7002... ada signature sendiri. yang baru nih banyak campur aduk (caca merba) pakai hand yang sama, crown sama, casing sama, dial jeh yang nampak beza... material diver kelas 'poorman' tak sehebat yang lama... pasal tu la 6105 dengan 6309 makin dicarik dan disimpan, 7002 pun steady... harga pasaran makin naikkkk...
ReplyDeleteTu la.... sebab tu aku kurang membeli jam2 baru Seiko. Kurang karekter berbanding yang lama. Seiko baru yg ada karekter sendiri Seiko Dilot. Totally different except the second hand.
ReplyDeleteByk seiko baru skrg main2 ambik part model lain. Kurang syok la.... Yang paling ketera sgt skrg ni at least depa pakai la enjin varian 4r.... balik2 7s26/36... bukan apa terlalu banyak & rasanya berpuluh model pakai varian 7s. Bukan tak bagus, varian 7s terbukti reliable & cukup tahan. Cumanya model baru skrg ni kurang karekter lama yg sarat dgn pelbagai versi caliber serta design parts yang betul2 berlainan.....
Bila pakai enjin lain skit rasa ok la skit... ni aku la... org lain ok kot. Sbb tu aku lebih suka Seiko lama berbanding baru ni. Byk jam2 model baru yg aku berkenan sebenarnya..... cuma frust kat enjin dia tu... 10 jam yang berlainan tp enjinnya sama ja... huhu....
mgkin seiko skrg dah hilang idea x mcm datok nenek diorang dulu...satu je yg aku ada minat lg, MM300...
ReplyDeletezul...MM300, setanding ETA-powered diver. mmg ada identiti sendiri. aku sanggup tebas rumput sepanjang highway PLUS semata-mata nak dapat satu. ishhhhhhh asik nengok gambar jeh.
ReplyDeletepetang tadi pegi kedai jam di Ipoh, jalan-jalan sbb nak repair jam. Tengok satu jam, tak pernah lihat sebelum ni, malam ni pulak jam tu bro hassan review kat atas ni. Jam tu special sikit, warna oren....yang lain semua sama.
ReplyDeleteBerapa harga bro angkat jam tu? Teringin juga, tapi minggu lepas baru ambil black mako....kena tunggu la...
Lawa jama nih, tapi spoil kat movement dia.. 7s36.. Kalau 4R** ok sikit.. 6R** ke.. lagi ok.. haha!!
ReplyDeleteSeiko sumo berapa harga taiko2 yg tahu price??
ReplyDeleteSalam....jam seiko saya rosak...d mana nk repair? Automatik tapi xjalan.....hubungi saya 014950980 tq..
ReplyDelete