Ya, ramai kurang minat jam berdail putih, alasannya payah nak tengok waktu dalam suram cahaya. Jam dial putih pertama aku beli tahun 1988 jenis Alba, tiap pagi subuh aku terpaksa buka lampu semata-mata nak tengok waktu ditangan, tak boleh tahan 4 hari pakai aku terpaksa jual walaupun hati masih sayang...
Bukan semua jam dial putih senasib dengan Alba aku tu, Rolex Explorer putih lebih lawa dari hitam begitu juga Seiko Helmet 6139 putih harga lebih mahal dari hitam.
Dengan indek dan jarum jam tebal Seiko diver 200m baru ini memadamkan diskriminasi terhadap dial putih. Sebenarnya jam putih sangat bergaya untuk mereka yang berkerja dalam suasana pejabat, ia menampilkan kerektor positif pemakainya.
Tapi kalau nak pakai diluar pejabat sebagai jam harian maka...
... kena buat sikit renovation agar kelihatan lasak dan sesuai untuk aktiviti diluar pejabat maka cara yang mudah dan murah ialah tukar tali! Tapi kalau masih tak menampakkan kelainan boleh tukar cara lain....pergi kedai tukar jam lain terus...hehe
Model baru seiko diver 7s36 berdail putih ni sangat anggun dengan strap canvas hijau!
Sedikit warna merah pada crown dan jarum saat bagi menambat sedikit gaya sporty.
Bracelet dan bazel solid st. steel terasa jam seolah-olah seutas 'rantai besi', strap canvas menjadikan ia lebih selesa dan mesra dipakai dan dipandang.
Aku namakan SEIKO BABY SUMO kerana casing dan jarum sama sepertimana model hebat itu.
Diver military yang bergaya kasual!
bekkk... yang ni bukan setakat meleleh ayo lior teman nengok, mahu tercirit dibuatnya. berapa sekilo?
ReplyDeleteKalau insert bezel tu hitam lg lawa ni.
ReplyDeletekat kl maner bole jumpa jam ni...berkenan nak beli la
ReplyDeletekat KL semua hasan dh borong.... kena cari kt dia je ada... huhuhu
ReplyDeleteUih! Ganasnya, semua borong.. err.. mintak satu boleh?
ReplyDelete