Sempat bersembang dengan Bro Gan pagi tadi, seorang penagih tegar jam-jam vintage dari Rawang.
Sambil menghilangkan ketagihan pagi dengan teh tarik aku terpandang seutas permata Swiss mendakap tangannya.
"Gan, besi apa you pakai?" dengan lemah gemalai aku bertanya, tanpa menjawab dia membuka dan membiarkan tangan aku menikmati hangat permata ini...
...L O N G I N E S
.....merdu sungguh bunyinya, hebat namanya seiras nama kucing aku dulu yang ekor kontot mata penuh taik belek LONGTONG namanya! haha itu kisah sirah kucing-kucing nakal ternakan aku zaman kanak-kanak dulu.
Punggung licin bersih dan ada 'selak', kalau di tolak akan...
...terbuka penutup nipis itu dan mendedahkan bahagian sulitnya yang berglass (see-trough). Best! kerana semua bahagian jam samada depan, belakang maupun isi dalam boleh dinikmati kehalusan seni buatannya.
30 jewels...
Buckle dan tali tertera keutuhan jenamanya.
Semua jarum berwarna biru dengan bentuk yang kurus dan buncit/boroi ditengahnya.
Sedap dipegang kerana mutu st.steelnya.
Hanya angka 12 diwarnakan merah sebagai menghargai nama detikDUABELAS blog aku.
Limited! hanya 1000 ketul dimukabumi.
Jam-jam Swiss sangat selesa dan bergaya dengan tali kulit dan kita dapat merasa pelukannya berbanding tali besi.
LONGTONG...nama kucing aku yang bongsu atau nama manjanya KETOT. Mata dan hidungnya sentiasa berair sejak dalam perut ibunya lagi, kerana penyakit itu penglihatannya sentiasa kabur. Puas berubat kampung tapi semua tak berhasil.
Sungguhpun begitu bila time aku makan dia tau-tau aje, keupayaan menghidunya sangat luarbiasa. Hidungnya yang sentiasa berhingus tak masalah baginya. Dia selalu meraba-raba makanan dilantai dengan hidung berhingusnya.
Satu ketika sedang aku bersila makan nasi tiba-tiba Longtong berlari masuk rumah dan brek mengejut betul-betul depan pinggan aku! Fuhh selamat...nasib baik tak masuk pinggan, agaknya dah dekat baru dia nampak aku kut? Tapi time aku nak suap nasi tiba-tiba...ACHOOOO!... Lontong terbersin! Umpama menepuk air di dulang begitulah aku terasa tempiasan hingusnya! Aduhhh...
Putus urat selera aku,..
...dengan iklas aku sedekahkan semua dan membiarkan Longtong settle-kan semua...
Moralnya: Dia makan apa yang kita makan, tidur dimana kita tidur, duduk dimana kita duduk. Bebas keluar masuk, rumah ini rumahnya juga. Kerana hormat, berak dan kencing dia kambus sendiri, jadi...anggaplah ia seumpama ahli keluarga kita yang lain...haha layannn!
salam.
ReplyDeleteaku sgt bersetuju dgn warna merah angka 12 tu.. khas utk blog ko San.. hehehe.. & aku amat yakin yg jam ni bukan utk di jual.. hahahaha.. kan?
tapi aku rasa jarang2 org yg memiliki jam vintage ni dr. asal...kebnykannya dah 2nd hand dn berhand2...
ReplyDeleteMmg cun betul jam tu. Aku rasa jam tu bukanlah vintage... tp jam baru dengan design vintage. Hehe... Mau 3-4k ni harga dia.. silap2 lebih lg tu. Berkilauan betul.
ReplyDeleteAda lagi ka jam ni? Jika ada berapa jual?
ReplyDelete