Thursday, May 31, 2012

TELUX

Pukul 1.00 pagi aku masih di pejabat. Sunyi sepi sekeliling, tiada lagi kedengaran ngilai ketawa rakan-kawan sebelahan kerana mereka semua dah pulang. Suasana sebegini agak menyeramkan 12 tahun dulu, iaitu ketika syarikat baru berpindah di bagunan baru ini, peringkat pertama pemindahan ketika itu (selain beberapa pengawal keselamatan dibawah) aku dan boss aje yang bertugas di bangunan 16 tingkat ni.

Pernah sekali jam 2 pagi setelah selesai kerja dari tingkat 4 aku masuk lif dan tekan butang 1 (ke tingkat 1), lif yang sepatutnya turun sebaliknya bergerak naik tingkat demi tingkat sampai ke tingkat 14! "Ehh siapa pulak tekat butang 14? Siapa duk sana?" tiba2 aku jadi seram. Peliknya ditingkat itu lif 'tergantung' beberapa ketika tanpa terbuka pintu, kalau terbuka mesti aku menjerit haha, ketika tu semua tingkat atas masih tak berpenghuni dan keadaan lobi gelap beb!. Bila aku buat aduan rakyat pada seorang pengawal dia kata"Kita dah selalu terkena ... Kalau kena ganggu macam tu abang bagi bagi tau 'dia' "Jangan le gatal tangan nak tekan-tekan butang!" heheeeee 

Tapi kini jembalang tu semua tak menganggu aku lagi, mungkin mereka sedar 'taktik lama' mereka tu dah tak berkesan sebab sekarang ni aku duk layan 'lembaga' yang lebih seram dari mereka hehe. 

Lewat malam dipejabat aku buka laci dan mencapai sebuah kotak merah yang tertera jenama TELUX. didalamnya kelihatan seutas jam sedang lena memeluk bantal.


Belek beberapa ketika depan dan belakang. Beginilah aku meniti keindahan alam ciptaan yang terbentang...

...di tapak tangan.

Cantik dan memukau mata....hasil sentuhan dari tangan-tangan yang jujur.

Semua sudut diperhalus tanpa mengira samada ia bahagian terdedah atau tersembunyi.

Kilauan keemasan memberikan sedikit berahi...waktu malam bibit-bibit kilauan emasnya pasti mencucuk-mencucuk anak mata dan memedihkan ulu hati kekawan keliling.

Gaya klasik yang popular, ringkas dan nampak grand!

Tak dapat aku bayangkan kecantikannya kalau dilingkari dengan tali kulit buaya.

Bentuk klasik yang masih memelihara 'budaya' SWISS.

No comments:

Post a Comment