Friday, September 30, 2016

T-shirt terbaru H4U 2016: CLASSIC RACER:


CLASSIC RACER! Begitulah tema terbaru untuk Baju T H4U 2016. Kenapa aku pilih tema sukan perlumbaan? Kerana Seiko sejak dulu lagi menaja beberapa acara sukan berprestaj yang boleh korang baca sendiri dalam Wikipidea.

Mengikut sejarah, Jepun memang rancak dengan sukan lumba kereta tempatan sesuai dengan kepesatan teknologi automotif mereka. Sekitar 1960-an beberapa jentera buatan mereka mula mencabar jenama barat di litar luar Jepun.

Pada 1971 sejarah terbaik dicatat oleh Datsun 240Z (Firlady) dalam  AFRICA EAST RALLY 1971.


 Pertamakali bertanding dalam Rally tersebut Fairlady Z mem'vacum' semua kategori pertandingan yang mana sebelum itu pun (1970) dalam rally sama mereka telah mencipta kejayaan melalui model 1600SSS.

Nak design T-shirt jam tapi apa kaitan dengan kereta Datsun  ni?
Korang nampak logo biru dibelakang Fairlady Z tu? 

Nak jelas tengok model bawah ni...

Ada SEIKO kan? Seiko adalah salah satu penajanya!
Ulasan lengkap model legend ni dalam kejuaraan Rally Safari ada tulis dalam di http://zhome.com/History/rally.htm juga 
http://zhome.com/History/rally.htm
http://www.topgear.com.ph/features/blogs/rust-n-pieces/nissan-historics-part-3-rally-domination-and-badass-240zs

"Check out the sponsorship logos. These old fonts really rock. It also helps that I am a huge fan of Seiko watches. This car is fantastic!" petikan penulis dari artikel TOPGEAR.COM tersebut, peminat seiko jugakkk.
 
Bekas boss Farerri Jean Todt bersama Fairlady dalam Monte Carlo Rally 1972, nampaknya dulu pun memang popular  model ni ye...

Di era kejayaan Datsun Z tersebut Seiko juga mengeluarkan jentera 'racing'nya dengan menghasilkan beberapa model 'racing' dengan movt 5126 yang juga dikenali dengan gelaran SEIKO RALLY!.

Dalam mengenang sejarah gemilang model Rally 5126 tersebut Seiko melahirkan semula lagenda tersebut menerusi model SBSS017 (reissue 2004 kalau tak silap).

Maka itu bagi mengabadikan kehebatan dua lagenda dunia itu aku gabungkan semula mereka menerusi Baju terbaru H4U 2016 dengan tajuk CLASSIC RACER.

Berkonsepkan 'Racing Sport' grafik diadun dengan 3 warna ganas dengan stroke bertenaga sesuai dengan konsepnya. Dipadan dengan sebaris tagline.

Terimakasih pada tuan Copywriter aku otai Radzi (thethick-thethick.blogspot.com) kerana membekalkan 'tagline' hebat 'CLASSIC RACER' ni -(SEIKO RALLY: LEGRNDARY TIMEKEEPER FOR A CHAMPION) yang memantapkan lagi grafik. Dan sejak dari awal H4U pun beliau mencipta tagline yang cantik dan bermutu untuk baju-baju H4U.

Gabungan grafik dan tagline itu dipaparkan pada depan dan belakang baju.


Antara sampel yang siap...



Di cetak pada baju warna HITAM, KELABU GELAP, PUTIH dan ORANGE.
Bagi yang berminat bolehlah membuat tempahan sekarang.



BUTIR-BUTIR PERLU SEBELUM BUAT TEMPAHAN:
T:shirt: Four Square
 Saiz: S,M,L,XL,2XL, 3XL
Warna: HITAM, PUTIH, KELABU, ORANGE
Harga: RM50 pcs (termasuk pos)
Cara tempahan: SMS ke 012 3939 084




3 comments:

  1. Sampai Indonesia berapa harga nya pak cik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous2:13 PM

      Salam om. Nnti saya periksa rate bayaran poslaju atau lain courier. Om jakarta?- detikduabelas

      Delete
  2. Anonymous2:12 PM

    Salam om. Nnti saya periksa rate bayaran poslaju atau lain courier. Om jakarta?- detikduabelas

    ReplyDelete