Sunday, December 4, 2016

Hantu bergendang di tengah malam

Pernahkah korang dengar bunyi ketukan dinding atau lantai di tengah-tengah malam buta? Bagi mereka yang tinggal di apartment atau pangsapuri mungkin lalui pengalaman ini. Kalau setakat dengar bunyi guli di lantai atau siling rumah (pangsa) itu memang seram. Tapi kalau dengar ketukan dinding malam-malam pada dinding rumah lagi menyeramkan. Apatah lagi rumah tersebut tak berpenghuni samada penghuninya bercuti atau memang rumah sebelah lama kosong.

Menurut pendapat orang2 tua rumah-rumah kosong yang ditinggalkan akan didatangi dan dihuni oleh satu mahluk halus atau 'tumpangan'.. Ada ketika tumpangan itu akan berpindah jika rumah itu mula dihuni dan ada juga tumpangan yang degil terus menetap bersama dengan penghuni. 

Pernah kawan aku petama kali pindah rumah baru 'berselisih' dengan tumpangan didalam rumahnya ketika ke bilik atau ke dapur. Ada waktu tertentu dia atau anak-anaknya perasan kelibat2 melintas di belakan atau sebelah namun hari ini benda itu lenyap dan tak menganggu lagi.

Pernah juga berlaku pada sorang kawan aku dimana tumpangan ini dikesan oleh kucing peliharannya. Ketika dia ke dapur kucingnya mengekorinya, tapi tiba-tiba aje kucingnya meremang bulu memandang dipenjuru dapurnya sedangkan kawan aku tak melihat sesuatupun disitu. Tapi melihat kucingnya meremang bulu tengkuk dia ikut sama meremang. Bengang punya pasal dia pun menjerit pada penjuru itu "Ini bukan rumah kau! Ini rumah aku! keluar kau!". Sejak itu tumpangan itu tak menganggu lagi, kini dia hidup aman sekeluarga bersama kucing-kucingnya.

Pernah berlaku pada seorang lagi kawan aku yang menyewa sebuah kondo di Kampung Pandan. Tiap hari dia balik lewat malam. Tetekala sedang dia menonton TV di ruang tamu dia ternampak lembaga putih berdiri dibalkoninya. Bahkan sebelum dia masuk kerumah sudah ada bunyi pelik didalam rumah tersebut. 

Pernah aku bertandang dirumah sewanya, Dari ruang lobi hingga ke depan pintu rumahnya tak sorang pun aku berselisih! terlalu sunyi!  Dia duduk sorang-sorang dirumah itu kerana kawan biliknya semua pindah.
Aku tanya "Eh, tak takut ke selalu kena kacau?"
"Saya dah biasa bang" jawabnya
"Kerja apa tu?" Tanya aku lagi
"Forensik Hospital KL" jawabnya
 Emmm..padan la.
"Kekadang benda-benda ikut sampai depan pintu rumah, kita baca la apa yang patut" tambahnya. Wallhualam.

BOMOH KURAPAT






CORVUS! Aku rasa korang tak pernah dengar nama ni kan?
Ya memang patutpun jarang dengar kerana nama ini diwakili oleh 50 ketul aje di serata dunia kerana mengambil inspirasi sejarah dari lagenda FIFTY FATHOMS.

 Terasa mantap dan padat besinya ditambah dengan ilham rekabentuknya yang xclusif sehingga kini.

Malas le aku nak tulis panjang, korang baca le isi kotak berserta jam ini.
Semua sejarah kelahiran model ini terkandung dalam booklet disertakannya.
 
 





 
 Glass dan bezel sapphire semua! NFS!

3 comments: