Friday, August 19, 2016

PONTIANAK MENANGIS...

Di suatu malam yang sepi ketika aku dipejabat sedang melukis kisah seram ni sorang diri tiba-tiba suara perempuan menyapa dibelakang aku, terkecut aku!. Bila toleh kebelakang ciss... kawan sekerja rupanya yang malu-malu tanya pasal kerja.
Apapun tu petanda baik, petanda bulu tengkuk aku masih berfungsi dengan sempurna hehe.

Kisah benar ini berlaku pada seorang kawan harulogi masa dia belajar di sebuah IPT di ceruk Pahang. Aku tak mau sebut IPT mana bagi menjaga anak-anak bangsa belajar dengan selesa.

Suatu senja dia berjalan kaki seorang diri menuju gerai makan yang letaknya jauh diluar asramanya. Dia keluar makan awal sikit sebelum gerai ditutup selepas isyak. Di kanan kiri jalan adalah pokok-pokok hutan dan bersemak kerana IPT tersebut memang di kawasan terpencil. Hanya sekali sekala kenderaan lalu.

Sedang dia berjalan itu sayup-sayup dia terdengar suara seolah-olah bayi menangis. Makin dia melangkah makin dekat suara itu yang datangnya di kiri jalan yang berpokok dan bersemak. Mulanya dia sangkanya mungkin bunyi anak-anak burung. Tapi langkah kakinya terhenti bila terdetik dihatinya...
"Bayi menangis...Mungkin orang buang bayi kut".

Atas sangkaan penuh simpati itu dia pun melangkah sambil mencari-cari arah suara itu, semakin hampir suara itu dari belakang sebatang pokok liar berdaun rimbun. Dari cahaya senja yang berbalam-balam itu dia pasti ada sesuatu dibelakang pokok. Bila melangkah lebih dekat lagi terlihat benda putih disebelah pokok besar itu. Bila dekat lagi nampak rambut panjang mengurai berjurai-jurai sambil merenggek seperti suara bayi. ".Ehh pontianak!" Dia terkejut dan seram sejuk tiba-tiba, lekas-lekas keluar ke jalanraya semula.

 
Orang tua-tua dulu ada berpesan jangan merayau waktu tengahari, maghrib dan tengah malam kerana ketika itu mahluk-mahluk sebegini berkeliaran. Wallahuaalam.

Hantu Pocong dan Hantu Kopek

 ZIMBE LIMITED EDITION!

 Penyu Siam ini hanya bertelur 1299 ketul aje. Dipasarkan dengan harga 2 kali ganda dari model biasanya.

 Bagi peminat-peminat Seiko model 'limited' sebegini memang seronok disimpan kerana sangat berbeza dengan model regularnya termasuk Turtle 'PADI'.

 Dari jauh saja nampak sudah gayanya yang berlainan, itu yang aku suka.

Model siam memang anggun bergaya.

DALIL

Dalil merupakan jenama yang popular sekitar 1970-an dulu. Model buatan Swiss ini agak unik kerana terdapat kompas solat ditengah dial.

 Model NOS (Mew Old Stock) yang mendakap tangan aku ni sangat cantik.

Terdapat 3 crown dimana 2 crown berfungsi untuk memutar 2 inner bezel.
1st world timer bezel dan 2nd bezel tulis beberapa kalimah suci - kalau aku tak silap la.


Hebat Dalil! Semua jenis dia keluarkan termasuk diver PVD.

Satu-satunya model diver yang lawa dengan crown dekat lug.

Bracelet asal aku simpan.

Kasi leather baru segak.

3 comments:

  1. Salam tuan, ada pencerahan x berkaitan kompas kiblat dalil; macamana nak tentukan kiblat?

    ReplyDelete
  2. Salam tuan, ada pencerahan x berkaitan kompas kiblat dalil; macamana nak tentukan kiblat?

    ReplyDelete
  3. Salam. arahkan jarum kompas pukul 2.30 je. dan arah kiblatnya ditunjuki anak panah hitam tengah kompas (yg hala jam 12)

    ReplyDelete