Friday, May 27, 2016

BERKERONCONG IRAMA KLASIK BERSAMA VETERAN 1967!

Irama lama atau kita katakan ia irama klasik adalah seni yang asli. Anak-anak muda kini termasuk aku tak mampu menghayati dan menghargai sebaik mungkin kerana telinga dah dipekak dan dikerakkan oleh irama-irama moden kini. Apa pun ini ada sikit sketsa 25 tahun dulu tentang suasana meriah di kaki-kaki lima Chow Kit yang sibuk dan riuh dengan jerit penjual obat! Depa semua kreatif dalam membuat 'persembahan', seronok tengok hehe.

(Karoke kaki lima wak kurapat lagu M. Nasir 'Keroncong untuk ana')

Lebih sepurnama aku diganggu kesibukan sehingga terlupa makan dan minum, tidur pun aku terlupa hehe. Namun dicelah-celah kesibukan kaki aku cuba lari dari itu semua. Keluar dari hiruk-pikuk kehidupan untuk ber'seiko' bersama kekawan di kedai kopi. Tapi nak jumpa kekawan yang 'bertangan' seiko klasik/vintaj ni bukan senang kerana masing2 dihambat kesibukan. Tapi bila jumpa duk melekat berjam-jam sudahnya.

Alhamdulilah dengan berkat 'Horology for Unity (Ukhuwah)' kelmarin dapat juga kami mengeteh sambil berseiko bersama bro Badrul dan Ridzuan. Mereka berdua datang bertemankan sesuatu yang menjadi idaman setiap peminat Seiko Diver Klasik, iaitu Seiko Professional Diver 300M model 6215-7000 dan 6159-7001. Lagenda yang tersimpan pusaka sejarah Seiko! Ini juga suatu 'irama' yang telah 'hilang'.

 
 (Kita datang nak tengok jam depa belek keris pulakkk aduii... Keris brand Seiko jugak kut)
 Kolektor tegar Bro Ridzwan dan Badrul (Jam Armada) pemilik koleksi berharga 6215-7000 dan 6159-7001.

(Selesai perasap keris kami perasap jam pulak. Tengok! Penumbuk siapa lebih berbisa hehe)
 Keluarga PROFESSIONAL DIVER 300M dari keluaran pertama 1967 dan terkini.

 Kiri: 6215-7000 (1967) Model pertama 300M Seiko. Yang tengah gen ke-3 SBDX001 (2008) dan kanan sekali gen ke-2 6159-7001(1969).

Model 6215 tempoh pengeluar hanya 2 tahun aje sebelum diambil alih oleh model 6159 (hi-beat), kedua-dua model ini tak banyak dipasaran. Dulu pun hanya orang-orang berduit aja mendapat pelukanya.

 Di era 1967 model ini menawarkan beberapa ciri yang lebih baik dari pesaingnya Rolex Submarine dimana ketika itu Submarine itu bersaiz 39mm, 200M dan glass plastik je.


Hampir 50 tahun usianya namun detikkannya masih mantap! Begitulah kualiti jentera lama ni.

 Nampak serupa tapi banyak perbezaan.

 Belakang 'rata' habis, tradisi MM yang dipelihara hingga kini. Dolu-dolu masa mula-mula berkecimplung dalam dunia harulogi aku terkesima bila pertamakali melihatnya, siap ada kawan tanya "Camana nak masuk bateri?"...haru dan terharu aku mendengarnya.

 
 Dan ini baka akhir PROFESSIONAL 300M yang kita selalu sebut MM (MarineMaster) dengan enjin 8L, cukup la aku dengan ni je hehe

 Baka-baka MM (Marinmaster) mempunyai rekabentuk yang kelihatan kukuh dan...
..melengkapi keperluan para penyelam profesional.

Yang membuatkan ia melekap kemas di pergelangan tangan.

 Glass buncit dalam dengan gigi bezel yang halus serta jarum yang tebal antara ciri diver yang aku tersuka.





Beza MM dan 6215



Terimakasih dan tahniah Bro Badrul dan Ridzuan. Warisan dunia dalam koleksi korang.
Kemana
Hilangnya keroncong...la la la la

No comments:

Post a Comment