Saturday, June 4, 2016

RADO RAMADAN...

Ramadan Almubarak akan tiba. Kecik, besar, tua dan muda bersedia untuk berpuasa merai bulan yang mulia. Dulu ada cerita pasal van jenazah dimana pada bulan puasa ia diguna untuk angkut orang-orang yang ponteng puasa... Ada ingat? hehe.


Tahun 1957 lahirlah Rado dengan siri popularnya Golden Horse, jadi sesapa ada tu baik simpan le sejarah awal Rado tu. 

Tahun 1962 Rado melahirkan model kalis calar  'DIASTAR' yang kalis calar. Casing jam umpama perisai dari seramik yang berkualiti tinggi, tak calar dan tahan panas. Teknologi sama dipakaikan pada badan kapal angkasa Discovery/Challenger Amerika yang mampu membentengi pasawat pada suhu tinggi ketika pesawat merempuh ruang angkasa bumi!

Tapi sayang, bertahun-tahun aku bergelumang dengan hobi jam tak terjumpa mana-mana model Rado yang berkenan di hati. Puas aku cari titik persamaan antara kami berdua tapi takde juga. Akhirnya beberapa hari lepa seorang sahabat jam membawakan aku kotak hitam berisi satu jentera bersalut Seramik, titanium dan st.steel. Dial tertulis 300M! Diver tu...! Sebaik dibuka Seketul Rado merangkul dan memeluk pergelangan tangan ku.

  Rupa-rupanya dah lama dia mengidamkan tangan aku hehe...
 
Aspek utama yang aku suka ialah 'DIVER'.

Ketrampilan klasik dengan dial gaya sporty.

Semua crown jenis skru.

Nampak ada 2 lapisan, lapisan atas adalah seramik!

Sudah sedia berkilat, tak payah gosok2 lagi.

 Dua crown sudah memadai dan memperlihatkan fungsi tambahanya.

Biarkan ia longgar sikit di tangan kerana itulah petua dan style memakai jam Rado.

Umpama kita memakai gelang perhiasan laaa..

Rekabentuk yang 'hodoh' ini dah milik Rado sejak dulu lagi.

Kombinasi seramik dan st.steel menjadikan jam ni terasa berat dan padu.


Biasan dari permukaan seramik yang menawan.

Satu keunikan Rado adalah pada logo sauhnya yang boleh berputar.

Sampai di tangan aku ambil paku dan tonyoh-tonyoh permukaan Rado ni, nak uji ketulinannya...memang scratch proof!


Jam berperisaikan seramik.







Bersama spesis 300M dari gergasi timur, Jepun.

Lagenda DIASTAR! RADO.

Kepada sahabat handai semua aku ucapakan Selamat berpuasa dan maaf zahir batin ku pohon sebelum memasuki bulan ibadah ini. Mekasih.

No comments:

Post a Comment