Thursday, April 14, 2016

Membuat lestik cara tradisi.

Zaman kanak-kanak dulu apa saje mainan aku buat sendiri, kereta, lori, kapal terbang, senapang dan macam lagi lah. Senjata mainan seperti keris, senapang, cetor, pistol, meriam dan mesingan pun buat sendiri termasuklah LESTIK!

Ok, hari ni aku nak peturunkan ilmu tradisi membuat lestik cara turun-menurun. Tradisi yang tak basah dik hujan dan tak lekang dik panas.
Gambo di bawah ni adalah selaras lestik yang dah aku siapkan hehe. Komponen utama adalah kayu cabang Y, getah panjang, dan secebis kulit. Senang aje, semua bahannya boleh dapat disekeliling rumah.


 Komponen utama lestik ialah kayu bercabang 'Y'. Senang aje...

 Keliling rumah banyak pokok. Potong aje mana-mana dahan yang bercabang 'Y'. Pastikan dahan bercabang Y ye, bukan T atau W.

 Getah lestik ambik dari tiub basikal je, murah dan mudah hehe.

 Manakala kulit lestik ambik dari kasut kulit yang dah tak pakai. Nak senang potong aje bahagian  lidah kasut. Teringat aku bebelan abang aku sebab kasutnya dah kontot lidahnya ...aku ingatkan dia dah tak mau pakai hehe. 

Bila lestik siap sangkut aje kat leher. Kutip batu-batu kecil sebagai peluru lestik dan penuhkan kat poket seluar.


SUMO KING POWER!
Seiko Sumo lahir sejak 2002/3 di Jepun. Model 6R paling lama bertahan dalam pasaran. Sejak mengenali model ini pada 2008 dah berbelas ketul keluar-masuk peti koleksi aku. Model diver Seiko paling dabak bentuknya. Kena sangat dengan gelarannya. 

Kini semua dah aku lepaskan. Aku simpan hanya SUmo oren aje kerana nampak lebih sporty.
 Di Thailand model ini sangat rancak dan menjadi pilihan peminat Seiko diver disana. Di sana keluar beberapa Sumo versi Limited Edition dengan jumlah terhad dengah harga sekali ganda.

Salah satunya adalah KING...

 Sempena 25 tahun SUMO! Sumo sejak tahun 2000 kut?

Datang dengan pakej ekslusif.

Hitam putih aje.

Cawat bracelet bersaiz 20mm menambahkan imej SUMOnya.

Sumo memang 'hodoh' tapi itulah keunikkannya.

Crown terpacak serupa macam tocang ahli gusti sumo.

Nampak mantap dengn bracelet.

Seiko memang handal dengan model-model divernya. Banyak pilihan dan berkualiti.

Dengan strap hijau untuk imej 'perang'.

Sesuai dengan hampir semua jenis/warna strap.


Dial texture dengan cyclope pada glass.

Lume yang terang.

Rekabentuk gagah dan hodoh memang sesuai untuk jam diver.

Regular model V Limited Edition.

Sumo memang jemu dipakai selalu. Kena pakai sebulan sekali baru layannn...

2 comments: