Sunday, March 13, 2016

BURUK ADALAH SENI

Bukan setakat koleksi jam aje, aku juga ada koleksi cerita-cerita seram yang original, bukan rekaan atau khayalan. Sebab kalau cerita rekaan bulu tengkok malas berdiri..tak best la kan?

POCONG NUMPANG KERETA
Jalan Batu Arang yang gelap gulita. Mula-mula berpindah ke mari dulu ada beberapa pengalaman seram yang diceritakan oleh pengguna jalan ini. Pada waktu malam jalan ini sangat gelap dan sunyi. Ada penduduk yang tinggal di Puncak Alam sanggup menggunakan jalan lain yang lebih jauh untuk pulang berkerja waktu malam.

"Lewat malam ketika saya lalu jalan tu saya terperasan melalui cermin pandang belakang kereta ada benda putih duduk atas bonet belakang. Ingatkan ada barang tertinggal situ, pelik sekejap. Bila perasan yang benda tu sebenarnya pocong terus meremang dibuatnya" -pengalaman seorang cikgu yang berkereta melalui jalan itu.


'BURUNG' PUTIH
Malam tu kawan aku sekeluarga berkereta melalui jalan sawit menuju ke jalan besar di kampungnya. Sekelilingnya pokok-pokok sawit yang bersemak dan agak gelap jadi dia memandu perlahan aje, tiba-tiba anaknya yang berumur 5 tahun ... "Mak, ada 'burung' kat tengah kebun tu la" sambil menujuk sesuatu di sebelahnya tingkap kereta. Ibunya menutup muka anaknya sebaik aje 'burung' ini yang dilihatnya....




"HIDUNG MASIH SUMBAT KAPAS"
Jangan kata kawasan yang penuh rumah dan pangsapuri bebas pocong. Ini kisah benar kawan aku beberapa tahun sudah ketika pulang berkerja lewat 2 pagi. Dalam keadaan sekitar berlampu tapi sunyi itu melintang di tepi jalan lembaga berkafan.

"Kat hidungnya masih ada kapas" katanya. Apa lagi kalau bukan hantu Poocong!

DI SEBUAH BILIK HOTEL...
Pengalaman seorang kawan yang bercuti di Hatnyai Thailand. Tengah malam ketika suaminya sudah nyenyak tidur disebelah tiba-tiba lapu bilik air menyala sendiri. Sangkanya lampu tu rosak, namun beberapa minit selepas ditutup ia menyala semula tapi dia tutup semula. Namun kerana keletihan akhirnya dia tertidur juga.

 Malam dia tersedar semula, dari celah mata perasan lampu itu menyala semula tapi di depan pintu bilik air itu berdiri perempuan berambut panjang mendukung bayi. Esoknya mereka pindah bilik lain.


'BURUK ADALAH SENI'
Akhirnya itulah ungkapan yang aku akui sejak main jam. Jam jadi 'buruk' kerana dah tak berkilat lagi ditambah pulak oleh calar-balar keliling badan dan daki dicelaha-celahan menonjolkan gaya dan seni tersendiri, 'pattern' lasak menyatakan usia dan sejarah.

Dalam koleksi aku ini dua ketul Ctizen 7 Star.

 
Dulu kawan tonyoh depan mata pun aku selamba...tak pedih pun hehe.

Tapi sekarang lain, dah pakai tangan baru datang cinta dan kasih sayang.

Body 'compressor' memang popular suatu ketika dulu. Ia antara mekanisma awal jam-jam yang suka menyelam air.

Aku gandingkan dalam satu bingkai jadi senang nampak perbezaan mereka berdua. 
Seronok bila dapat kesan perbezaannya hehe.













Ketara berbeza, tapi kedua-dua ni berkongsi bentuk indek jam yang berkotak, besar dan jelas sesuai dengan keperluan sang penyelam.

Persamaan mereka pada crown berkembar dan kedudukan bezelnya dalam glass.

Cantik, pakai apa pun tali leather ia tetap melekap selesa ditangan.

No comments:

Post a Comment