Thursday, December 31, 2015

SELAMAT MALAM 2015!

Selamat tinggal 2015. Banyak pahit manis kehidupan tercipta bersamanya. Tapi dalam 12 bulan 2015 kisah lucu bulan Disember ini mengingatkan aku pada zaman kanak-kanak aku dulu.

Kisah lucu anak-anak buah aku ketika solat berjemaah di rumah atoknya. Pasal solat dan sunat, bukan pasal solat sunat ye wakaka...




Harap-harap adegan ini tak belaku di surau2 kita ye... ekeke.

JAM ROBOT!

Korang ingat 1970-an dulu TV ada satu siri berjudul ‘THE GIMINI MAN’?

Tak silap siri popular tu disiar pada jam 8.30malam selepas berita RTM, rasa-rasa sekitar 1976. Hero dalam siri cerita ini memakai jam yang diciptakhas oleh seorang saintis. Dengan menekan satu butang jamnya aje dia boleh ‘hilang’ beberapa minit bagi menyempurnakan misi-misinya. Di sanalah bermulanya era teknologi digital.

Siri popular itu juga mempopularkan teknologi canggih jam tangan skrin LED (Light emitting diod). Kemunculan teknologi  digital LED itu habis menyuramkan  jam-jam yang masih menggunakan teknologi gentel-gentel dan teknologi goyang-goyang.

 Kalau tak salah aku teknologi skrin LED ni diperkenalkan oleh jam jenama PULSAR dari Seiko (Amerika). Pada 2012 model pertama digital PULSAR ni pernah dipetaruh sehingga mencecah RM12,000!

Jam tangan LED memang digilai ketika itu. Sangat berbangganya kalau dapat sarung ditangan, sikit-sikit tekan butang sampai bateri cepat semput sebab suka tengok cahya LED merah menyala.

Memandangkan skrin LED cepat perabiskan bateri maka keluarlah teknologi baru jam dengan skrin LCD (liquid crystal display). Dengan teknologi baru ini bayak jenama-jenama popular Swiss maupun Jepun berlumba-lumba menguasai pasaran.
Ini dua ketul koleksi bernilai dari seorang kolektor kita Bro Shahrul. Dulu aku gelar model-model digital ni sebagai Jam ROBOT.

Apa yang aku sedar 'robot-robot' ini mula muncul di Malaysia sekitar 1970-an (kalau tak silap). kali pertama aku tengok jam digital LCD ialah ketika aku berkunjung kerumah kakak aku di Felda Purun. 

Ketika itu jalan serata FELDA masih tanah merah (belum bertar), kawasan ladang berbukit-bukit kalau hujan banyak kereta dan lori sangkut sebab jalan becak dan licin, memang seksa.

Sebaik sampai dirumahnya aku ternampak seketul jam jenama CASIO atas meja solek. Akak kata itu jam hadiah untuk anak perempuannya yang berharga RM120! Kecik je pun jam tu.

Apa yang pasti kehadiran jam-jam robot memang kegilaan ketika tu.







Dah klasik... Perubahan teknologi yang juga merubah gaya hidup manusia.
SELAMAT TAHUN BARU 2016.



2 comments: