Friday, December 11, 2015

BULAN 12, MUSIM BERSUNAT

Bulan 12 atau bulan disember sememangnya meriah dengan bermacam aktiviti, maklum le cuti sekolah panjang, bagi emak bapak yang punyai anak2 berekolah rasa rehat sekali.

Berbagai aktiviti dan kenduri-kendara memenuhi kalender. Tak terkecuali adalah aktiviti bersunat (berkhatan). Tambah meriah kalau buat majlis BERSUNAT BERAMAI-RAMAI...hurayy meriah tu!

Ini bukan majlis bersunat beramai-ramai yang aku maksudkan tu ye, tapi ini majlis tengok jam beramai-ramai gang H4U Utara.

Pada 5hb disember yang lepas otai tersohor saudara Azhari Ishak (jamkampung.blogspot.com) bermurah hati menganjurkan perjumpaan harulogi H4U di Dewan d'Bintang jalan Bertam 2 Pulau Pinang. Bermula jam 2 sehingga 7.30 malam peserta bersembang santai sambil bergelak ketawa dengan senda-gurau sesama sendiri, hebat.

Antara beberapa hidangan lazat di majlis H4U.

MASAM-MANIS MUSIM BERSUNAT 1970-an

 Bulan 12 (Disember 1970-an) merupakan bulan yang meriah buat anak-anak kampung kerana mereka bebas bermain pagi petang tanpa diganggu kerja sekolah. Leka dan seronok bermain sampai lupa balik makan. Kolam, parit semak belukar semua depa redah, lasak tak makan saman. Petang si bapak balik bawak ikan pasar sebaliknya depa balik bawak ikan segar yang etah parit mana depa sauk, dasat. Begitulah lasak dan beraninya budak-budak kampung aku dulu. 

Walaupun begitu depa sangat takut pada seorang tua berbasikal dengan beg hitam di belakangnya yang bergelar TOK MUDIM!. Kalau lalu tok mudim mereka semua cabut menyorok dalam semak.

'Tok mudim tengah cari budak, nyorok cepat!", begitulah tanggapan aku dan kkekawan masa kecik-kecik dulu hehe. Tok Mudim pun satu, pantang nampak budak-budak pasti dijerkahnya 'NAK KENA SUNAT!". Rupanya dia memang suka menyakat budak-budak haha.

Zaman aku dulu masih ujud sunat cara kampung (tanpa bius)...fuhhh handal tuu, tapi kalau kecut perut pilih aje sunat cara moden yang menggunakan bius. Tapi kena 3 jarum menjerit jugak wei.

Tapi sunat moden lepas potong luka kena dijahit...


Tiap malam bila datang rasa sakit ketuk aje kepala lutut dengan tempurung kelapa ... tuk, tuk, tuk sampai rasa sakit rasa berkurang. Tidur terpaksa melentang berselimut kain pelikat yang dibunjut dengan tali dan digantung bagi mengelakkan punai tersentuh kain...  ngilu weii
..tapi yang tak bunjut kain ini macam kawan sebelah hebat la hehe.

Dulu bersunat kampung lebih cepat sembuh berbanding bersunat moden kerana selepas potong luka tak perlu dijahit, apatah lagi sunat moden dulu yang mana luka di jahit dengan benang hitam dan dibalut pula. Bila luka dah mula kering terseksa nak menanggalkan benang dan balutan yang dah melekat, tak seperti sunat moden hari ni dimana jahitan menggunakan benang usus yang mudah reput bila direndam air.

Berbalik pada H4U d'Bintang. Antara koleksi yang memeriahkan.

6306

Kembar 7018 yang jarang-jarang jumpa.

Ni juga chrono tapi enjin 6138

Dynamic, lagenda 70-an


Model paling pantas pupus dalam pasaran.

Klasik diver yang menjadi buruan


Spesis unik chrono dari Seiko. tanpa subdial


Tulis arab daa...-Sudin


Tembaga, makin kerak makin lawa.

Seiko indek roman yang jarang2 jumpa.

Klasik memang asyik

Kecik tapi lawa.

Jentera lama yang masih utuh berdetik

Ball dengan teknologi tiub H3 merupakan identiti wajibnya.


Spesis Orient yang unik

Ni juga.

Model 50th anniversary, wajib simpan.

SICURA dengan indeks yang berlapis-lapis.

Olma, namapun dah pupus

Bellmatic penyu.

AKA. Bullhead Alba

Pulsar dengan enjin kinetic (Seiko).

Sumo yang kembali diboroi.. maaf silap, diburui.

Muncul hero CASIO... steel tu.

Terimakasih semua kekawan yang hadir dan terus memberikan sokongan khususnya sdr Azahari Jamkampung.

2 comments:

  1. Meriah. Tahniah. Semangat H4U tetap terpelihara. Semoga berjaya dengan koleksi masing-masing. Semoga dapat berkongsi ilmu dan erat silaturrahim.

    thetick-thetick.blogspot.com

    ReplyDelete