Saturday, November 28, 2015

YANG MENYEBABKAN KITA BANJIR....

Musim-musim banjir ni lebih afhal kita pakai jam diver, tak risau sangat nak bergerak. Kelmarin aku sempat jumpa seorang penternak Seiko Bro Badrul, baik orangnya lagi mancho.
 Sebaik kami bersalaman cium2 tangan tetiba aku terasa goncangan tangannya begitu mantap sekali. Bila aku kalih tangannya terpaut mesra seutas lagenda 1960 SEIKO 6159-7000, AUTOMATIC bin HI-BEAT, PROFESSIONAL DIVER 300M!

 "Tanggalkan kejap Bad!". Kencang juga koleksinya, satu lagi koleksi miliknya adalah...

6159-7010 keluaran 1970-an...!!!
Bukan senang nak jumpa jam puluhan tahun secantik ni lagi. Biasanya yang cermat-cermat pakai ni bukan orang Asia hehe.

(Iklan komesil dari wak bomoh kurapat sekejap, sesapa yang nak alih hujan, alih banjir hehe).
 

 Model JDM dengan struktur kalis air. 

 Biarpun dah berusia namun kualiti pembuatannya memanjangkan usia khidmatnya.

Sebab tu jam-jam bermutu tinggi mahal dengan harga yang tak pernah luntur oleh usia.

 Biarpun lama tapi sangat bernilai dari sudut sejarah horology dunia.

 Dua model kelahiran pertengahan 1970-an. Bukan bersandarkan nama, sebaliknya jika bukan kerana teknologi dan kualiti tentu Seiko tak mampu menyerberangi lautan Atlantik untuk menawan Benua Asia, Eropah dan Amerika.

Sunguhpun model ini sudah pupus dari peta horology dunia namun kita masih boleh mewarisi model lagenda ni melalui generasi baru ni SBDX001 MARINMASTER 300m.

 Begitu juga model pupus ini.

Stabil duduk atas lantai kerana permukaan bawahnya sangat rata (flat).

 Berharga hampir RM20,000... peluh sejuk meleleh di dahi.

 Bentuk dan potongannya yang ringkas dengan kedudukan crown jam 4 memang kegemaran kebanyakan peminat Seiko diver.

Jarum dan indeks besar dan tebal.

Di musim hujan sekarang dengan banjir sana-sini elok rasanya kita keluarkan jam selam, mencabar tapi seronok.

 Tapi sayang, bukan senang dan mendapatnya...Spesis ini le yang menyebabkan banjir! 
Banjir air mata dikalangan peminat Seiko diver.

Apapun terimakasih Bro Bad kerana sudi berkongsi selalu dengan aku koleksi2 berhantunya, jadi dapatlah kita mengenal  model-model lagenda yang sangat asing dari pasaran kita sejak dulu lagi. Kerana, tanpa keberanian dan minat yang dalam bukan senang nak miliki model-model langka sebegini ditambah dengan harga yang membuat aku berfikir 100 kali.


No comments:

Post a Comment