Friday, November 13, 2015

T-SHIRT 'TURTLE 6306' (Edisi khas sempena 5 tahun H4U)

Salam kekawan semua, lama rasanya tak bersua diruang siber ni. Maklumlah, kesibukan di penghujung tahun sehinggakan katun penglipur lara si bobot, bebek, pochong, jerangkung dan wak bomoh takde masa nak layan hehe.

Dunia harulogi tanah air tak pernah sepi, sentiasa segar bugar dengan bermacam aktiviti, siang malam berkumpul, mengeteh sambil racun meracun sesama sendiri hehe. Kejam-celik3 dah makin lama kita bergelumang dengan hobi jam.

Tahukah korang? Berakhirnya 2015 ni genaplah usia 5 tahun 'HOROLOGY FOR UNITY' (H4U), pentas hobi yang bebas dan sejagat.

 Dan sebagai meneruskan semangat H4U yang masih berbara aku cuba luangkan masa untuk bikin T-shirt H4U terbaru bertemakan legenda hebat sebuah model buruan...

Tak lain dan tak bukan ia adalah SEIKO DIVER ...

Ada dua siri, model 7000 dan 7001. Ramai di kalangan otai jam lebih meminati model 6306/9 berbanding 6105 kerana model ini (6306/9) memiliki ciri2 rekabentuk 'baru' dan tersendiri khususnya pada jarum dan indek jamnya yang masih muncul pada skx bond sehingga hari ni.. evergreen gitu.

 6306-7000
 
 6306-7001

Serupa tapi beza antara kedua 6306 (7000 dengan 7001) pada crownnya.
Model 6306 ni mirip bebenor dengan model 6309-7040/9 tapi dari aspek batinnya ia sangat berbeza kerana  harganya 2-3 kali ganda dari model 7040 betul2 menyeksa batin huhu. Juga digelar SEIKO TURTLE kerana bentuk badannya serupa spesis laut tersebut, selesa dan sedap dipakai dan dipandang.

Apa beza antara 6306 dengan 6309 yang biasa jumpa di pasaran? Ini jawapannya.

Dan jangan risau, info penting ini ada dalam design baju. Jadi senang korang nak rujuk.

T-SHIRT 6306 (H4U 5th anniversary)
 Ada 3 jenis T-shirt dengan 2 baju tak berkolar dan satu baju berkolar. Untuk memudahkan pilihan tiap satu aku labelkan T1, T2 dan T3.

T1: Baju hitam tak berkolar, Belakang tulisan 6306 (bevel/metal scratch) dan depan discription model 6306 vs 6309 (metal scratches).

  T2: Baju kelabu (grey) tak berkolar, grafik belakang Seiko 6306 pada tangan dengan 5 jari (sempena angka 5 ulang tahun H4U). Depan design ringkas jam dengan discription model.

 T3: Baju hitam berkolar dengan mengekalkan grafik serupa T1/T2 cuma ditukar kpd warna merah pada grafik depan. Semua grafik baju tersebut boleh korang tengok sini...

BUTIR-BUTIR PERLU SEBELUM BUAT TEMPAHAN:
T:shirt: 
ORENSPORT
Saiz: 
S,M,L,XL,2XL, 3XL
Warna: 
HITAM, MERAH, BIRU, HIJAU
 (warna selain hitam mungkin ada sikit perbezaan dari yang dipaparkan di atas, tertakluk pada stok pembekal)
Harga:
T-shirt kolar bulat RM45 pcs (termasuk pos)
T-shirt berkolar RM50 pcs (termasuk pos)
Cara tempahan: 
SMS ke 012 3939 084 (T1/T2/T3/ dan S/M/L/XL/2XL/3XL)

Ukuran saiz sila rujuk sini:
Tarikh akhir tempahan: 28hb Nov 2015 (tertakluk pada perubahan) 

1 comment:

  1. jangan lewatkan keseruan bermain game game kartu online
    di WWW.DONACOPOKER.NET bahkan ada bonus yang sangat menarik dari donacopoker
    mulai dari usaha tanpa modal hingga bonus 2x sehari gabung sekarang juga dan mainkan game yang kalian sukai
    BBM : DC31E2B0
    LINE : Donaco.poker
    WHATSAPP : +85515875229
    PELUANG USAHA TANPA MODAL POKER ONLINE

    ReplyDelete