Monday, October 12, 2015

JERUBU 2015

 Satu lagi bencana alam yang melanda setiap tahun. Kali ni lebih serius lagi sehingga sekolah-sekolah diserata negara ditutup. Ramai hidung berair dan pedih mata, ramai le ke klinik dan bomoh  mendapatkan obat...aduhhh.

 Aku ambik obat pedih mata bukan sebab jerubu...
Tapi sebab dibawah ni sob sob...
 
Inilah Citizen 62-6198 spesis air paling payah didaratkan. Tahniah pemiliknya seorang kolektor yang bermurah hati berkongsi besi kesayangannya ini.

 Model yang mempunyai 3 versi, dikeluarkan bermula pada tahun 1972/74/78 dengan sikit perubahan.
 
 Indek jam berkotak-kotak dengan lume kehijauan ditambah lagi dengan glass buncit dalam... racun.

Lume yang terpancar dari kotak indeks. Try suluh2 sikit dengan lamput picit.. 
Hah? kurang terang? Kalau nak terang lagi bukak lampu la! Apa daa...

  Kuasa selaman 150m tapi kalau tengok pada bentuknya yang mantap seolah2 ia diver 300m.

 Tak silap aku beberapa tahun lepas harga model ni mencecah RM2500. Jadi sesapa yang ada keluarga spesis 150m ni korang simpan le baik-baik. Tuah ayam di kaki, tuah korang di tangan.

Sayang... Banyak model-model hebat Citizen tak memasuki pasaran kita kerana dolu-dolu kala takde pengedar besar di sini sebagaimana Seiko.

Movt 6000. Citizen memang mempunyai movt2 yang bagus. Sesetengahnya bagus dari Seiko.

Crown besaq. Gigi bezel nipis dan halus yang diwarisi beberapa keterunannya.

 
 Tak silap aku ni model sekitar 1974/75 satu era dengan Seiko 6105. Masing-masing miliki ciri tersendiri.

Kalaulah korang berada pada 1974 nak beli satu diantara dua jenaman ini, yang manakah pilihan korang?
Tumbuk dada tanya selera...

No comments:

Post a Comment