Wednesday, September 16, 2015

MALAYSIA, SUATU KETIKA DULU...

 Apa korang panggil 3 alat ni? 

Dulu aku panggil cangkul, tajak dan sabit. 10 tahun selepas Malaya merdeka alat ini sangat penting bagi tiap isi rumah di kampung. Selepas ia diguna mengerjakan kebun ia mesti diletakkan ditempat yang mudah dicapai mata supaya tak tercari-cari saat kecemasan...

 ...kalau tak terjerit-jerit keliling rumah mencarinya haha...
Tak tau lagi ape pentingnya?

 Haa... ini le gunanya, gali lubang untuk 'melabur'' hehe. Kalau tak jumpa tajak sabit pun ok hehe. Mencangkul dan mencangkung ni kena buat jauh-jauh kat semak-semak belakang rumah. Nak elak dari nyamuk aedes kena bawak ubat nyamuk pulak.

Sebetul itulah 'jamban' kebanyakan orang kampung dulu-dulu.


Masa tu hanya rumah 'cantik' aje yang tersergam binaan jamban, itu pun jauh berbatu-batu di belakang rumah. Jangan lupa jenjeng sebaldi air dari rumah ye, kerana waktu ini paip takde lagi. Ketika tu tak elok jamban di bina dalam rumah.

 Tahun 1973 aku dibawa ke Kelumpo (Kuala Lumpur). Tinggal beberapa hari di setinggan Kampung Medan jalan Klang Lama dan Kampun Baru. Setinggan era 1970an tak sesak macam setinggan era 1980-an. Rumah-rumah ada laman dan kawasan jalan yang luas tempat kanak-kanak bermain.

Ketika tu takde lagi kemudahan paip air kerumah-rumah. Hanya ada sebuah pam air menjadi sumber air penduduk sekeliling. Di waktu puncak kena beratur untuk ambil air di pam air, petang dan pagi ramai orang mandi atau membasuh disitu.


Di kawasan setinggan ada jamban dikongsi oleh beberapa buah rumah. Ada yang elok dan selesa dan ada juga yang teruk dengan dinding berlubang dan pintu yang tak buleh ditutup rapat dan mudah terbuka kalau tak diselak betul-betul dengan kayu atau apa aje (kena pegang daun pintu dari dalam, kalau terlepas cepat-cepat sambar balik...seksa oiii). Air bawak sendiri dari rumah jadi pikirkanlah keadaannya hehe. Aku rasa memang jamban tu dibiarkan begitu supaya takde chance korang termenung lama-lama didalamnya haha.

Kalau tak biasa hidup setinggan memang benda alah tu tak mau keluaq hehe, apatah lagi masa meneran tu ada ramai yang menunggu di luar. Serupa macam kisah dalam filem Seniman Bujan Lapuk arahan P. Ramle.

Berdekatan Kampung Medan satu setinggan di keliling rail keretapi yang di huni banyak kaum india. Jadi, dengan berkain pelikat dan tuala di bahu ada segelintir penduduk Kampung Medan bersambung nyawa...

 
mencangkung malam-malam disekitar landasan di situ hehe.
Itulah Malaysia di'usia awal'nya yang mungkin korang tak sempat lalui. Kehidupan ketika itu serba kekurangan. Namun berkat kesabaran mereka membangunkan sedikit-demi sedikit asas-asas kehidupan sehingga semua kepayahan itu tak diwarisi generasi cucu-cicit hari ini.

CITIZEN HOMER DATE Circa 1962.

 
Penyu bukan, kura-kura mungkin...

Tak salah inilah model Citizen dengan enjin usahama HMT (Hindustan Machine Tools Ltd) pada 1962.
Tu dia, sejarah besar Citizen dan HMT.

Dah tengok enjinnya tapi kali ni malas nak buka enjin dia, tapi memang terbukti hingga kini sebagai mana kata orang-orang lama bahawa jam enjin kunci memang tahan lasak dan tahan lama lagi mesra alam diselengara.

Lahir pada 1962, setahun lebih tua dari usia MALAYSIA.

Satu keunikan jam dress klasik ini adalah elemen sejarah yang dibawanya.

Bagi aku jam-jam lama lebih sedap dipakai berbanding jam-jam baru.

Apatah lagi kalau ia terpelihara bersih sebegini.

Mungkin juga dulunya ia milik orang ada-ada yang hanya memerap dalam peti besinya saja.

Kerana dengan usia melebihi 50 tahun susah nak jumpa model bersih sebegini.

Jarum runcing dan halus mulus.

Aku simpan semula dalam peti 'india'.


Layan...

No comments:

Post a Comment