Friday, September 4, 2015

SERAMNYA BILA RUMAH BERHANTU...

"Hello makcik, langsir tingkap rumah makcik bergerak-gerak, terlupa tutup kipas ka?"
Dia menelefon jirannya yang telah meninggalkan rumah sejak sebulan lalu kerana beraya di rumah anaknya di Kuala Lumpur. 

"Eh, rasa-rasanya sebelum keluar aku dah tutup semua suiz rumah" jawab jirannya itu yang memang tinggal berdua bersama suaminya di rumah itu, maklum le anak-anaknya semua dah besar-panjang dan berkeluarga semua. Apa pun dia tak mengesyaki apa-apa didalamnya.


Setelah berbulan berada di Kuala Lumpur jirannya itu pun balik. Sebaik memasuki rumah terlihat meja didapur berserak dengan cawan dan pinggan. Padahal sebelum bertolak dulu dia sudah kemas semuanya, dia mula berasa pelik..
"Ada pencuri masuk ka" fikirnya. Diperiksa pintu dan tingkap namun tiada tanda rumah dipecah masuk, semua mangga melekat kemas di grill pintu. Tapi risau masih belum padam.

Dia masuk pula ke bilik kut-kut ada barang hilang, tapi tiada apa yang hilang atau di geledah. Cuma yang tambah memeranjatkan tilam bilik tidurnya terdapat kesan lekukan besar! ... Ishhh aku pulak yang seram ni, sendiri tulis sendiri seram. Ooo aku tulis sorang-sorang dalam bilik padan le seram,..

Kisah benar ni diceritakkan oleh rakan kampung aku kelmarin. Tak tau samada rumah itu di masuki hantu atau memang lama berhantu. Namun penghuninya itu tak pedulikan semua itu dan terus mendiaminya. 

Nak tanya, apa perasaan bila korang dapati rumah korang BERHANTU? HAHA!

Spesis Monster Seiko Prospex SRP655 ini nampak begitu ganas kerana bentuk dan saiznya.

Lumenya mudah membara sebaik aje disambar cahaya.

Indek mudah di lihat walau dalam cahaya sangat malap.

Ganas rupa bentuknya. Kalau ada orang ajak gaduh tak payah keluarkan stereng lock, angkat aja tangan yang tersemat jam monster gedabak ni, garenti kecut telo...hah

Belakang macam mangkuk, kena tengok selalu takut-takut ada air bertakung tempat aedes membiak.

Nampak jambatan?

Ada lekuk-lekuk.

Apa jadi kalau tuna shroud tu kalau ditanggalkan?

Tentu ia serupa Seiko Monster model awalnya.

Tunna Monster

Strap dari bahan berkualiti dan lasak tak seperti model sebelumnya.

Sesiap yang minat spesis monster maka ini adalah pilihan terbaik untuk di simpan.

Ia memberikan tangan rasa kelainan yang sangat2.



Berbagai bentuk jam-jam diver. Masing-masing mempunyai daya tarikan yang berbeza. Elok kita mewarnai koleksi kita dengan beberapa model berbeza bagi menghindari kejemuan yang merupakan ancaman utama para kolektor. Bagi penternak Seiko yang menyimpan MONSTER baru ni boleh le aku kata rumah korang juga BERHANTU haha...

No comments:

Post a Comment