Friday, March 6, 2015

CITIZEN ULTRA SEVEN!

 Tahun 1971 ada satu 'peti' buruk atas meja. Ada dua tombol di kanan kirinya. Aku tau itu radio gram tapi tak pernah dengor ia berbunyi kerana tak pernah dibelikan bateri. Di katup denga alas berbunga-bunga menjadi perhiasan aje, mungkin ketika itu bateri kering susah nak dapat.

Tapi bila radio dipasangkan bateri hanya waktu-waktu tertentu aje radio dibunyikan kerana nak menjimatkan bateri, sebab kalau bateri habis alamatnya sebulan lagi le radio lagi.. Bateri yang habis tu tak dibuang saja, ia di jemur untuk digabung dengan bateri-bateri lama yang ada untuk dipakai semula haa... tau susah tak susah hidup dulu-dulu.

Tapi ketika itu bila juruhebah radio mainkan lagu meletop artis popular seisi rumah akan bergegas depan radio, haha seksa... Abis aje lagu tu semua bersurai semula buat kerja masing-masing.

 Masa tu mana ada banyak saluran hiburan macam hari ni. Dapat dengar lagu dari radio serak pun jiwa dah berbahagia.

Satu lagi, dulu-dulu dinding rumah dihias dengan bingkai-bingkai potret keluarga, bagus orang-orang dulu menjaga hubungan dan melempiaskan kerinduan. Uniknya bingkai gambar disangkut tinggi dengan disendengkan sikit dari dinding supaya senang nak tengok. Belakang bingkai tempat selit barang-barang dan dokumen penting...hehe.

 Dulu pengaruh artis tak kurang hebatnya. Dari style rambut sampai kasut semua menjadi ikutan haha.

  Satu lagi barang 70-an, Citizen Seven Star!

Dicipta bagi menandingi Seiko 5 saingannya.

Memangpun, model ni berjentera automatik dan boleh kunciii..

Original semua.

 Rasa-rasanya elok dipadankan dengan tali klasik tropic.


Jarum jam besar dengan permukaan indek yang menawan.

Glass tebal.


Jam jepun dengan nama Inggeris

Dicipta untuk menyerang dunia 'Barat' sebagaimana Orient.

Ketika itu pengeluar-pengeluar jam Jepun berlumba-lumba menghasilkan mesin-mesin berkualiti untuk disumbat dalam jam-jam keluaran mereka.

Beberapa gaya serupa aje. Tapi aku percaya, biarpun seribu kali melihatnya korang tak akan jemu-jemu kerana...

...model-model klasik ini memang memiliki beribu kecantikan yang tak habis dipandang.



Add caption




Layan punya layan tak perasan hari dah malam... selamat malam kawannn

4 comments:

  1. ni jam Jepun adik beradik Ultramen Seven!!??? yang bestnya cerita dulu-dulu tuu... nostalgia. jam ni Ultramen ada pakai ke San?

    ReplyDelete
  2. haha.. seiko keluar ultrafive, ctz keluar ultraseven

    ReplyDelete
  3. Suka baca cerita dulu2 pnh dgn memorial yang indah

    ReplyDelete
  4. Suka baca cerita dulu2 pnh dgn memorial yang indah

    ReplyDelete