Sunday, February 1, 2015

Legenda 6217...

Tahun 1973...

 Kalau tak buat apa-apa aku duduk rumah aje tak buat apa sebab aku tak tau nak buat apa. 
Nak tengok TV pun masa tu mana ada TV... 
Menunggu petang aku lepak sambil memikirkan masa depan...eeewah.


Biasanya aku tak berangan sorang di rumah kerna teman setia aku Si Ketot tu sentiasa ikut dimana pun aku lepak. Aku ke depan dia ke depan, aku ke belakang dia pun sibuk ke belakang, sebetulnya dia risau aku pegi dapur makan senyap-senyap tak ajak dia.

Walaupun dia sentiasa bersama aku tapi kalau dengar bunyi periuk kat dapur sepantas kilat dia akan meluru ke dapur dan langgar apa saja yang ada di laluannya kerana matanya rabun serta selalu diselaputi taik mata, sian...

Ketot, sedap nama tu kan? aku dapat ilham dari ekornya yang kemetot, sangat manja dengan aku. Dia tak pandai bersosial dengan kucing-kucing lain, mungkin dia malu sebab aurat antara pusat dan lututnya sentiasa terdedah disebabkan ekornya yang kontot tu. Sabarlah Ketot, yang penting kat rumah ko tak berak dan pancut merata-rata.

Apakah kelebihan ekor pada kucing?

Menurut kajian pada setiap pegerakan ekor kucing mempunyai isyarat tertentu. Suka, sedih, marah, terkejut atau takut ditunjukkan pada kedudukan dan gerak ekornya. Contohnya kalau ekornya terpacak dan mengembang tu tanda dia nak cari gaduh. Dengan mengembangkan bulu diserata ekor ia kelihatan lebih besar dari biasa dan menakutkan musuhnya.


Pada petangnya selepas kekawan aku pulang sekolah dapat le aku bermain dengan mereka. Dulu macam-macam mainan kami layan. Antaranya ialah main getah gunduk (lestik) salah satu permainan tradisional yang dah pupus. Yang menang akan bawak balik tali getah kekawan yang kalah. Bila bergaul dalam satu permainan baru le kita tau ada kawan yang handal dari yang lain/aku haha.

Dengan permainan-permainan sebegini le budak-budak kampung beradu sambil mengasah kemahiran hidup. Budak-budak hari ini mana mau wehhh...
Begitu le seronoknya kisah-kisah lama sebagaimana seronoknya kita pada model-model eranyaa ini.. Seiko 6217-8001, 6105-8000, 6105-8119

 Merupakan legenda selam terkemuka.

6217-8001 ini model pertama jam selam keluaran Seiko yang menjadi perintis model-model seterusnya.
Asalnya aku tidak begitu minat untuk memilikinya kerana banyak yang aku jumpa berkerak dialnya. Tapi agak mengkagumkan aku bila mesin berusia hampir 50 tahun ini masih amanah menghitung detik waktu hingga kini!

Sudah tentu kualiti pembuatannya menjadikan ia bertahan hampir setengah abad! Kalau tak tentu model ini pupus lebih awal lagi.

Ketika itu jam-jam kalis air kira hebat dan canggih. Di ketika nak mandi orang lain terpaksa tanggal jam, tapi mereka yang pakai  jam ni hanya perlu tanggal seluaq je...jam tak payah haha.

Ringkas dan smart, 1968 ia dicemburui pesaingnya.

Sudah tentunya ia menyimpan sejarah besar SEIKO.

Kepuasan memiliki jam baru berbeza dengan kepuasan memiliki jam lama.

Lagenda penyelam handalan.
 
Err..agak-agak legenda tua ni boleh menyelam lagi tak?
 Boleh kut..
...tapi menyelam dengan pelampung la. 
Errr...camana tu wak?


8 comments:

  1. Beek... thorbaik lah catatan ko kali ni, ko tau psl apa? 6217MAS lah hehe

    ReplyDelete
  2. Bekkk... berapa penyu Jepun ngko ternak daaaa

    ReplyDelete
  3. Bekkk... berapa penyu Jepun ngko ternak daaaa

    ReplyDelete
  4. baka baik mmg kuat membiak la haha

    ReplyDelete
  5. jack, biasa2 je. sekadar berkongsi kisah lama

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Terknang masa lalu..walaupun thn 73 ni ambo bru umur 2thn

    ReplyDelete