GONDORUWO, korang pernah dengar ? Haha itu bukan jenama jam ye, tapi itu nama sejenis hantu yang besor saiznya! Sekali imbas bentuknya macam mawas atau king kong.
Menurut pengalaman orang-orang lama kampung aku yang pernah bersemuka dengan hantu spesis rare ini, saiz jari gondoruwo sebesar pisang tanduk. Tu baru jarinya aje, anggota lain tu korang bayangkanlah sendiri besarnya hehe..
Nak tau saiz sebenar ibu jari gondoruwo korang tanya wak bomoh ni, dia pernah urut kaki gundoruwo yang hulur kaki mintak diurut.
Bercerita tentang hantu godoruwo ni aku terkenang satu peristiwa yang berlaku pada jiran aku beberapa tahun dulu.
Selesai mengadakan kenduri malam itu dia dan sanak saudaranya tidur dengan meninggalkan periuk belanga yang tak berbasuh di belakang rumah. Jam 5.30 pagi dia bangkit tidur menuju ke dapur seorangan, tapi dari situ ia terdengar bunyi seretan di belakang rumahnya. "Eh siapa pulak kat belakang tu? Makcik Jijah mengemas ka?" Dia tertanya sendirian dan menyangkakan itu dari jiran baiknya.
Tapi... masakan makcik Jijah jiran baiknya itu tolong mengemas beriuk belanganya dalam gelap? Senyap-senyap dia intai dari tingkap dapur. Dalam samar-samar cahaya dia ternampak satu lembaga bongkok sedang mengheret sesuatu sambil mengutip sesuatu disitu. Agak besar lembaga itu dangan beberapa bahagian badan berbulu. Betul le apa nasihat orang tua-tua dulu, sisa-sisa ayam, daging dan tulang jangan le dibuang merata. Seloknya di kumpul dan ditanam agar tak mengundang benda-benda pelik.
Ahhh kita tinggalkan cerita gondoruwo zaman silam tu, apa kata kita layan spesis serupa yang aku jumpa beberapa beberapa bulan yang sudah...
Seiko 'Gondoruwo' yang lebih seram.
SEIKO 5126-6030 yang sangat susah dijumpai kini, senang lagi terjumpa gondoruwo berbanding ini.
Kelahiran 1969 dan masih kelihatan seram sampai saat kini.
Sangat unik dengan sport rim minit yang berbelang harimau. Rim itu boleh dipusing dengan memutar crown.
Warna oren yang sangat berkhasiat.
Model sport vintaj ni sangat mesra dengan jiwa kebanyakan kita. Mungkin ia mengambarkan pengalaman dan kematangan...emm
Asyik tengok jam terutama keseluruhan bentuknya sampai terlupa aku waktu yang ditunjuk oleh jarum-jarumnya.
Glass buncit didalam membuatkan dial sangat indah sekali.
Sekubit cahaya tambah menyerikan ...
No comments:
Post a Comment