Saturday, October 18, 2014

ALBACORE!




 'Abang nak Albacore?'.. Termurung kejap aku bila kawan whatsapp aku jenama ni, aku sangkakan ALBA, tapi bila google keluar gambar ikan (tuna). Sebetulnya ia adalah 'Seiko' home made dari YOBOKIES yang menggunakan enjin NEH36 (baka 4R36 Seiko).

Ditinkan segar dari seberang laut, model ini direka untuk memenuhi citarasa unik para militan Seiko. dan dengarnya hanya 150 ketul serata dunia.

Macam keluar dari urinya, berserta dengan isofrane dan breclet president yang tertera gambar ikan (albacore) pada buckle/clasp. Tahukah korang bahawa strap isofrane dipasaran luar berharga hampir rm800! Dalam bahasa lain kekawan aku sebut..."Mahal nak mampos!"

Mulanya aku tak begitu teruja melihat gambar dari kiriman wahatapp, tapi setelah membelek dengan sabar dan membaca sedikit asal-usulnya maka aku rasa ia layak duduk sebaris dengan beberapa jenama hebat Seiko. Boleh jadi ia selera sebenar dari peminat taksub Seiko (Yobokies) yang cuba merealisasikan ciri-ciri 'SEIKO' idamannya.

 Nampak jelas pengaruh lagenda Seiko SBBN (kiri).

Boleh dihidangkan berserta buah-buahan tempatan, nak sedap lagi bubuh kuah rojak petis. Tau rojak petis? Rojak buah yang popular di Muar. Sebut rojak petis berderai-derai air liur aku keluaq huhu...

 Gigi bezel, glass dan jarum jam sangat cantik.Dial nampak 'lapang', seumpama ruang sebuah masjid, hanya lantai selapang-lapangnya.
 
Bontot tembam terukir indah seekor ikan.

Andai kau menjadi bunga biar aku menjadi tangkainya
Andai kau menjadi buah biarlah aku jadi pemakannya dan
Andai kau menjadi jam biar aku menjadi tangannya..pada jarak dan sudut tertentu jam ini kelihatan lebih cantik.

Banyak juga yang bertanya aku apa nama jam ni? Sebab tulisan haram tak boleh baca.

Logo tulis kanji bermaksud 'Albacore'

Syukur, madu-madu yang lain menerimanya jadi bini ke-4. Abang pesan jangan bergaduh ye, pakat bergilir-gilir ikut giliran ..emmm

Kena ikut giliran hari. Tapi ni dah 5 hari paut erat tangan aku.

Dan puas juga memikirkan strap apa yang sesuai dengan tangan aku, sebab aku tak minat isofrane, panjang dan berlubang besar.

Kebetulan tersimpan seutas TROPIC 22m...

Waw! Tambah garang! Ikan sadin menjadi TIGER JAWS!

2 comments:

  1. Hensem bang..hehe..bila free nak buat lawatan sambil belajar lagi :D

    ReplyDelete