Ramai para peminat Seiko klasik 6105 akan mengimpikan penyelam lagenda ni. Tapi semakin banyak halangannya sehingga peluang untuk memilikinya semakin menipis, ditambah pula dengan harganya yang dah tak masuk akal. Buruk berkerak pun harga ribu-riban.
Model pertama 6105- 8000 (gambo atas) beberapa tahun kemudian lahir pula model 8110 (8119 untuk pasaran Amerika). Kedua-duanya melalui sejarah kegemilangannya sehingga menjadi buruan diserata alam. Dari medan perang hinggalah ke dunia filem dua model ini menjadi pilihan zaman berzaman.
Sejak kemunculannya 40 tahun dulu ia menjadi pilihan ramai aktor terkenal barat.
Maka tak peliklah jika dua model ini menjadi icon besar SEIKO.
Kiri 6105-8119/0 dan kanan 6105-8000.
Model 8000 agak slim sikit.
Sementara model 8119/0 agak dempak.
Namun kedua-duanya serupa pada dial, bezel dan enjin.
Seperti yang aku azamkan beberapa tahun lepas, iaitu ingin mengabadikan sebuah T-shirt khas buat rakan-rakan peminat Leganda Seiko (diver) maka lahirlah 2 versi T-shirt yang aku reka khas buat kekawan budiman!
T-shirt 6105: versi 8000 dan versi 8110/9!
Versi 8000 dengan 4 warna: HITAM, KELABU, PUTIH dan KUNING 'PATINA'
Sementara versi 8110/9 dengan 4 warna: HITAM, KELABU, PUTIH dan MERAH.
Berserta grafik jam adalah tulisan kanji bermaksud 'Horology for Unity (logo H4U) Malaysia'. Semua tulisan ber'kanji' bagi memelihara ketulinan budaya asal jenama ini (JAPAN).
(Kepada kekawan yang mahir bahasa/tulisan kanji Jepun aku harap dapat le beri pembetulan jika ada kesilapan bahasa atau tulisan).
(Kepada kekawan yang mahir bahasa/tulisan kanji Jepun aku harap dapat le beri pembetulan jika ada kesilapan bahasa atau tulisan).
VERSI 8000: Grafik jam (19.5X13.5cm) di belakang sementara tulisan kanji 'SEIKO' (26.5X65cm) di belakang.
Tulisan SEIKO tinggi sikit di dada kerana jika kita melipat tangan tulisan itu tak tertutup oleh tangan.
VERSI 8110: Tulisan kanji 'SEIKO' (26.5X65cm) di belakang dan grafik jam (19.5X13.5cm) di depan. Semua cetakan menggunakan teknologi heat-press, biarpun kosnya agak tinggi (berbanding silkskrin) tapi terbaik mutu cetakannya.
Kedua-dua VERSI 6105 ini dipilih kerana ia merupakan antara model hebat yang membina nama SEIKO. Saja aku ketengahkan tulisan kanji agar T-shirt ini nampak 'JDM' (Japan Domestic Market) hehe.
Aku lancarkan awal sikit T-shirt terbaru H4U 2015 ini sebab tak mau gaduh lagi dengan pencetak T-shirt yang biasanya sibuk di hujung tahun.
Maka buat kekawan yang masih tak memiliki Seiko 6105 maka inilah peluang untuk memantapkan koleksi yang ada.
Aku lancarkan awal sikit T-shirt terbaru H4U 2015 ini sebab tak mau gaduh lagi dengan pencetak T-shirt yang biasanya sibuk di hujung tahun.
Maka buat kekawan yang masih tak memiliki Seiko 6105 maka inilah peluang untuk memantapkan koleksi yang ada.
HARGA (semenanjung): RM45 sehelai atau RM85 sepasang (2 helai).
HARGA Sabah/Sarawak): RM50 sehelai atau RM90 sepasang (2 helai).
WARNA: HITAM sahaja
SAIZ: S, M, L, XL, 2XL, 3L
CARA TEMPAHAN: Bankin ke Maybank ac. 114011119462 (Hassan) dan sms alamat pos ke 012 3939 084.
TARIKH TUTUP TEMPAHAN: 10HB OKTOBER 2014 (tertakluk pada perubahan).
Dan tarikh edaran adalah pertengahan November 2014 insyallah.
hi, can you ship the t-shirt internationally?
ReplyDeleteHi. Email> palawangaga@yahoo.com
Delete