Saturday, February 22, 2014

Lembaga putih!... (Kisah benar FRESH DARI KAMPUNG!)

PERINGATAN!: Ini kisah betul yang berlaku bulan lepas di selatan tanah air yang terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab yang terpaksa dirahsiakan. (Kalau korang nak xtra seram sila baca tengah malam sorang-sorang ye)

Setelah 1 jam memandu dari kampungnya kawan aku bersama keluarganya sampai dirumah jam 11.00 malam. Kawasan taman perumah teres setingkat itu sunyi sepi kerana pada waktu itu kebanyakan penduduk sekitar dah tidur. Kepulanganya disambut oleh beberapa ekor jirannya yang mengiau-ngiau kelaparan. Setelah masuk ke rumah dia menyuruh anaknya Amad memberi makan beberapa ekor kucing tinggalan jiran sebelahnya itu yang dah berpindah hampir sebulan yang lalu. 

Menurut kawan aku, walaupun dah berpindah jirannya meninggalkan kunci rumah padanya, manalah tau kalau-kalau ada orang nak sewa nanti senang nak tengok rumah..

Malam itu Amad berseorangan membuka pintu pagar jirannya sambil membawa semangkuk nasi bergaul ikan. Sebaik diletakkan dilantai porch rumah makanan itu dikerumuni kucing-kucing yang kelaparan. 

Setelah memerhatikan kucing-kucing itu menjamu selera Amad menjengok sekejap ke dalam rumah melalui tingkap kaca yang tak berlangsir. Pada dinding diruang tamu itu terdapat cermin besar bertentangan dekat dengan tingkap tersebut, maka dari luar tingkap itu dia mengambil kesempatan membelek-belek muka dan melurus rambutnya yang kusut, cermin besar itu jelas kerana ruang tamu itu sentiasa terang terpasang lampu setiap malam.

Tapi ketika leka membelek-belek mukanya dia terperasan dalam cermin itu jelas terdapat 'orang' lain berdiri disebelahnya.

"Ehh.. siapa sebelah aku ni?.." bisik hatinya yang mula dihembus seram, pelahan-lahan dia menolehkan kepala kesebelah kanannya... 'kosong'!  tiada sesiapa!
Apa lagi tanpa dipaksa dia berlari balik ke rumahnya.

Menurut kawan aku, kawasan perumahnya itu memang banyak kejadian menyeramkan. Beberapa kali berlaku kepada penduduk yang pulang kerja lewat malam melihat perempuan berbaju putih duduk sorang-sorang di tengah taman permainan di situ. Ada kala ternampak lembaga putih duduk di tembok rumah dan ada kala bunyi tingkap rem dapur diketuk.

Lembaga putih lagi...

 Serammmm...

Lagi lembaga putih...



Tahukah korang bahawa hantu pun merasa seram tengok hantu lain? Sini aku nak cerita sejenis hantu yang sangat di serami oleh lain-lain hantu iaitu hantu PENANGGAL.

Hantu penanggal, merupakan spesis rare yang jarang-jarang jumpa. Toyol, jenglot atau pocong dah banyak sangat orang jumpa. Muzium Negara dan pawagam pun depa pernah buat show. 

Menurut cerita orang-orang tua hantu penanggal dulukala sangat ganas, jikalau ada orang lalu dikawasanya tanpa amaran hantu ini akan menyergah terus didepan mata!

Dinamakan penanggal kerana hantu ini mempunyai kepala yang terpenggal dari badan, sebahagian isi anggota badannya pula terburai dan terjuntai-juntai. 

Dulu rumah-rumah ceruk kampung diperbuat dari papan yang dibuat kurang sempurna, banyak dinding terlompong kerana tak cukup papan (miskin), maka untuk menghalang makhluk2 bergentayangan menyusup masuk maka digantung daun-daun berduri seperti daun nenas pada dinding-dinding yang lompong itu kerana menurut cerita dan petuanya mahluk-mahluk halus ini takut pada pohon-pohon duri. Jadi untuk menghalang si penanggal menganggu maka depa gantung daun berduri atau tanam pokok duri keliling rumah sebab kalau badan depa sangkut duri, bisa wehhh.


No comments:

Post a Comment