Monday, February 3, 2014

KENANGAN 1970-AN TERDAMPAR DI KESANG...

 Awal 1970 (kalau tak silap) , Kampung Parit Keroma Darat hanya 3 suku batu dari bandar Muar, ketika itu jalan masuk ke kampung hanya jalan tanah merah yang menjadi laluan kereta lembu  macam jalan estate. Beberapa bulan sekali selepas isyak satu kain layar (skrin) besar akan dipacak merentang ditengah jalan oleh Jabatan Penerangan Malaysia bagi menyampaikan segala nasihat dan maklumat kerajaan. Maklumlah masa tu letrik tak masuk lagi.

Pertengahan 1970 baru le diadakan WAYANG tengah padang. Petang sebelum tontonan sebuah van 'milo'akan lalu di kampung2 membuat hebahan melalui pembesar suara dan risalah.

  Skrin serupa dipacak di kawasan lapang dibalai raya atau sekolah. Masa ini le orang2 kampung yang tua maupun muda bentang tikar dipadang untuk berhiburan. Setiap kali tayangan mesti ada van Milo kat situ, jadi sambil menonton orang kampung dapat minum Milo percuma. Itulah kenangan silam yang mungkin korang tak sempat lalui.

Bulan lepas aku balik kampung melalui lebuhraya AMJ (Melaka-Muar/Johor). Sampai di daerah Kesang terdapat beberapa pasar karat di kanan (seberang) lebuh raya. Tak silap aku ada 3 pasar yang terletak berdekatan. Tanpa menoleh kebelakan aku singgah disalah satu pasar karat tersebut.

 Ketika melangkah masuk, barang-barang jualan disini mencetuskan kenangan lama aku di jaman kanak-kanak dulu...
 
Tu dia katil kayu lama, banyak kali aku terhempas ketika tidur masa kecik-kecik dulu, tinggi tu...

Ini bukan mesingan, tapi mesin getah. Dengan mesin ini lah susu getah dijadikan berkeping-keping macam tikar sebelum jemur/salai. Pernah juga pakcik aku buat perah batang tebu haha.

Kereta sport yang dah sempot, tapi ini antara barang yang sangat menarik para pengunjung. Menurut owner semua part ori tu, kotak je tak de.

Moto+basikal atau motosikal, pemilik asal nama motosikal agaknya. Enjin duk depan, bayangkan kalau enjin 500cc duk situ, lagi laju tuuu...

Lawa basikal ni, mana pengayuhnya?
 Sebetulnya ni skuter mini. Qute, aku tak pernah nampak sebelumnya.

Ada beberapa buah motosikal klasik disini. Zaman dimana motosikal jepun mula memadamkan kemegahan barat seperti Triumph, Lambreta, dan Norton.

Ferarri Lamboghini Miura, mainan sport klasi yang masih lengkap nampaknya. Tak le mahal sangat tapi aku takut nak beli sebab sparepart payah dapat.

Pemain piring hitam yang pernah menjadi alat hiburan dirumah atau majlis kawin dolu-dolu.

 Salah satu cover piring hitam lagu filem hindustan. Walaupun tak paham apa depa nanyi tapi macik-makcik aku guguk-guguk nangis dalam panggung wayang.

 
Cover album Emillia Contessa (1970-an): 'Di lembah yang berlumpur dan bernoda, disanalah kini aku berada...' Walaupun dah 30 tahun cover lama ni masih mengancam, jadi aku terpaksa tutup sikit hehe. Era 70-an selain lagu artis Malaysia radio juga putarkan banyak lagu artis Hindustan, Indonesia dan Singapura. Lagu-lagu yang evegreen hingga hari ini.

 
 Glass minuman dolu-dolu.

Radio hi-fi!!!! Zaman piring hitam beralu zaman keset pula bermaharaja-lela.

Faedah berjimat cermat dan rajin menabung sejak kecik, sekarang dah banyak...

(Anak panah kuning) Lampu 'gasolin' yang menerangi setiap rumah sebelum ujud bekalan letrik. Lampu ni terang sekali!

Jinak betul! Pegang pun tak lari...

Inilah dia beg sekolah aku masa darjah 4! Sama! Nostalgia!

Jam tangan lama pun ada. Tissot ana-digi! Tapi sayang, takde beteri yang boleh menghidupannya...

Mido

Rare ni! Tuan Syed Mohri ada simpan ni kut?

Sea-Gull, jenama terkenal China.

Semua barangan lama itu sudah menjadi sejarah dan mencatatkan banyak kenangan manisnya, salah satunya Talibesen (Television) 1970-an yang masih berbingkaikan kayu, berat nak mampus. Masa  berita diTV, aku tengok pemberita lancar membaca berita tanpa melihat teks, sekali-sekala je aku tengok pemberita tengok teks...wow!

Rupanya kawan aku si Seman boco (sebab dia selalu pakai seluar bocor kelengkang) pun bercita-cita serupa aku nak jadi pembaca berita. Kebetulan belakan rumah dia ada talibesen rosak, atas kreativitinya dia buang semua isi dalam dan bawa talibesen lama tu bawah rumah. Dia ajak kekawan main baca-baca berita kononnya, baca gilir-gilir la serupa macam personaliti TV. Sapu tangan gantung kat kolar baju (tie konon2). Tapi time dia baca berita kami semua pecah perut...wakaka...



2 comments:

  1. apesal ade name aku... jam tu ke, dah lama jual huhu

    ReplyDelete
  2. Beek, knapa tak rembat sea-gull tu, klasik vintage tu, bkn seagull ciplakan china

    ReplyDelete