Monday, March 3, 2014

KEMARAU DATANG LAGI

Batuk dan demam yang melanda orang ramai adalah akibat sejenis mahluk ghaib bernama kemarau. Kemarau adalah musim panas berpanjangan (tanpa hujan) yang mengakibatkan sungai dan tasik jadi cetek  dan kering kontang. Begitu terkesan pada kehidupan harian manusia.

Setiap hujung tahun daun-daun getah mula meluruh ketanah, ia berubah warna dari hijau menjadi merah dan kuning dan ia menandakan datangnya musim panas. Ketika ini le para penoreh bercuti panjang kerana pokok getah takde susu.

Bila daun-daun pokok getah merah menguning ia membuatkan pemandangan sekitar kampung begitu cantik sekali. Angin yang bertiup menerbangkan dedaunnnya dihalaman rumah. Terkenang aku bunyi serakan dedaunan keringnya terbang dan berguling-guling dibadai angin serta diselangi letupan biji getah dari tangkainya, bertaburan biji-biji getah ditanah uihhh...damai sekali. Maklumlah rumah aku dikelilingi keindahan kebun getah. Ketika pokok getah menaburkan benihnya ia menjadi sumber rezeki buat anak-anak kampung.

Dari kebun ke kebun kami mengutip biji getah untuk dijual, tak silap aku masa itu biji getah berharga sekitar  RM1.20 seguni. Inilah saatnya budak-budak kampung kumpul duit untuk beli barang keperluan harian mereka seperti pistol koboi, gasing, topeng batman atau ultraman.

Bila pokok getah mula gondol ia menimbunkan daun-daun kering dibawahnya yang menjadi bahan permainan kami pula. Biasanya musim daun luruh ni jatuh pada cuti sekolah panjang hujung tahun, memandangkan semua parit cetek (tak dapat berkubang) jadi kami penuhi waktu lapang itu dengan aktiviti lain yang bermunafaat seperti bermain sep-sep, nyorok-nyorok, main pondok-pondok, main mak-mak, main sunat-sunat (sebab masa tu juga musim bebudak bersunat), main gasing dan berbagai lagi permainan untuk pelajaran hidup haha.

Cerita pasal gasing aku teringat kehandalan aku bermain...eiwahhh angkat bakul ni. Permainan bebudak kampung juga ada musimnya, kalau musim gasing maka pagi petang kami main gasing aje. Biasanya kami dapatkan bekalan gasing dengan berbasikal kepekan kecil Parit Bakar.

 Gasing pun ada bangsa-bangsanya jugak iaitu gasing melayu dan gasing cina, tapi gasing cina popular buat budak-budak kampung,. Berbagai bentuk permainan dan gaya memangkah. Pangkah lambung dan pangkah taji.

Pangkah lambung untuk melambung gasing lawan ke semak atau parit (dera pihak lawan masuk semak atau terjun parit mencari). Dan pangkah taji pula berkesan untuk membelah gasing lawan, kalau pangkah ni mengena maka pihak lawan akan dapat 'dua' biji gasing haha...

Kekadang bila musim panas berpanjang kemarau pula datang. Tahun 1970-an aku pernah lalui pengalaman ini beberapa kali. Sungguh dashyat, parit tempat kami berkubang menjadi padang jarak padang terkukur.

Kampung-kampung di Muar terkenal dengan awal nama PARIT kerana setiap 1 batu semua kampung-kampung itu disempadani dengan parit besar yang panjang hingga ke laut. Kemarau membuatkan sesetengah parit tersebut kering kontang. Kekadang kami boleh berbasikal dan bermain didasarnya yg kering itu.

Kalaulah parit pun kering apatah lagi tempayan dirumah. Biasanya Jabatan Bekalan Air akan menghantar lori air ke kampung. Masa ini le tempayan, baldi, besen dan segala bahan tadahan memenuhi tepian jalan.
Kenangan silam, tolak tempayan besar ke jalan besar...korang ada?

Susah betul hidup tanpa air, nak basuh apapun payah jadi untuk meminimumkan penggunaan air emak arahkan semua makan guna daun pisang aje.

Kerna nak jimat air aku cuba makan tak guna tangan... Baru le aku mengerti betapa susahnya kucing-kucing aku makan... wakaka, seronok pulak bila terkenang pikiran kita ketika kanak-kanak dulu.

AIR! AIR! HABITAT KAMI AIR! MANA AIR?!!
Kemarau juga membuatkan beberapa spesis-spesis air kegersangan...

Aquadive legenda Swiss yang begitu klasik. Bentuknya yang sangat pelik membuatkan tangan begitu teruja memakainya, mata sendiri menjeling selalu sebab cemburu.

Bila memakai jam yang kita tersuka kerap kita tengok jam (ditangan) dulu sebelum melihat jarum waktunya...ye tak?

Seiko Sumo, perlu sabar yang panjang untuk menyerap hasil seninya, kalau tak kita akan muncul kritikan dikepala atau hati dihembus jemu.

Buruan sejak mula-mula aku berkecimplung dalam dunia harulogy ni.

Rekabetuk klasik menyulami Zeppelin diver ni.

Kembar Ultra Seven (7S26).

Satu lagi spesis Ultra Seven yang dah lenyap dipasaran.

No comments:

Post a Comment