Wednesday, August 28, 2013

SAVE SYRIA! SAVE EGYPT! T-SHIRT H4U keluaran KHAS!

 Salam buat kekawan semua. Entah kenapa tahun ini aku rasakan dunia semakin bergolak. Suara tangisan, jeritan dan kesengsaraan semakin kuat kedengaran. Setiap hari di media cetak dan elektronik terpapar berita-berita kematian di Syria dan Mesir. Tak tergambar aku betapa seksanya insan-insan yang kehilangan ahli keluarga. Tak terbayang aku tangisan anak-anak kecil yang kehilangan ibu/bapa, bagi mereka yang bergelaribu/bapa pasti lebih terasa.

Beberapa minggu lepas aku aku terlihat disebuah akhbar gambar bergelempangan mayat orang-orang awam yang terbunuh, pada tangan salah seorang mangsa masih terlekat seutas jam tangan, melihat itu aku termenung dan pilu seketika... Allahuakhbar.

Bagi mengabadikan sokongan dan doa pengharapan pada saudara-saudara kita di sana maka aku luangkan masa yang sibuk untuk membuat T-shirt H4U bertemakan konflik sejagat ini. Khas buat diri sendiri dan kekawan (yang berminat).

 T-shirt berwarna hitam dengan cetakan dibahagian depan dan belakang dengan design yang ringkas tapi jelas dan padat dengan mesej.

 Hitam, putih dan merah aku pilih kerana warna-warna ini memikul makna tersendiri! Tangan-tangan berwarna putih mengambarkan tangan-tangan insan yang tak berdosa yang cintakan keadilan dan keamanan. Jarum jam pada setiap tangan menunjukkan waktu berbeza bagi menunjukkan sokongan dari insan serata dunia. Dial jam berwarna merah menunjukan saat-saat getir yang memenuhi siang dan malam.

Mulanya sorang sahabat (rakyat Syria) mencadangkan perkataan 'FREE SYRIA! FREE EGYPT!'. Tapi aku tukar 'SAVE SYRIA! SAVE EGYPT!' kerana perkataan 'FREE' lebih sesuai untuk mereka-mereka yang mengangkat senjata khususnya yang disana. Alhamdulillah semua setuju.

 Bahagian belakang T-shirt tertera logo H4U dengan tema istimewa 'HOROLOGY FOR UKHUWAH' (masih memilihara shortfrom H4U).

HARGA: RM40 (COD/termasuk pos)
WARNA: HITAM sahaja
SAIZ: S, M, L, XL, XXL
CARA TEMPAHAN: Bankin RM40 ke Maybank ac. 114011119462 (Hassan b. Bahri) dan sms alamat penuh ke 0123939084.
TARIKH TUTUP TEMPAHAN: 5HB SEPTEMBER 2013 (tertakluk pada perubahan, tapi kalu boleh aku nak cepat).

Salam semua...

6 comments: