Wednesday, August 7, 2013

Apabila muncul anak bulan Shawal...

...petanda Ramadan telah melabuhkan tirainya, sedih sebenarnya nak meninggalkan Ramadan, bulan yang memberikan suasana yang berbeza dari bulan-bulan yang lain.

Langit yang gelita mula mendapat sinar baru, iaitu bulan Shawal.

Esok Hari raya! Masih aku ingat ketika kecik-kecik dulu, sewaktu begini kuih-muih buatan sendiri dah tersusun di para, sementara dodol  dan ketupat dibuat dimalam ini, iaitu malam Aidilfitri.  Tambah meriah bila pertama-tama takbir raya bergema di surau dan masjid, dentuman mercun dan meriam mula rancak memecah telinga.

Tapi, aku terkenang sekerat pengalaman raya silam....
Dimana sebelum raya emak siap-siap beli kain untuk buat baju raya kami, biasanya emak beli kain dengan tokey Ah Tang seorang penjaja bermotosikal berkuasa kecik yang juga di panggil orang kampung sebagai ‘Kelentong’. 

Sehingga sekarang aku masih ingat raut wajah tokey Ah Tang tu, ada gigi emas sebatang dengan tahi lalat berbulu didagu ala-ala Syarifah Aini ketika itu, sambil tawar menawar kerap dia meraut-raut bulu tahi lalatnya yang panjang tu hehe.

Ketika itu banyak keperluan rumah seperti periuk, kain ela, tikar getah, perabut dan TV dibeli dari kelentung. Biarpun mahal tapi senang dibayar secara ansuran.

Tapi persediaan hariraya zaman mutakhir ni banyak berbeza.  Kuih-muih dan baju raya tak perlu susah-susah buat sendiri. Semua dibeli aje di kedai atau pasaraya. Boleh pilih warna atau saiz ikut suka.




Bersama Orient Star 60th Anniversary ini aku ingin menghulurkan serumpun jari memohon maaf zahir batin dari teman-teman horologi semua...

Dengan tulus ikhlas tanpa mengharapkan bayaran aku ucapkan SALAM AIDILFITRI!

No comments:

Post a Comment