Tuesday, January 15, 2013

LORD MARVEL... (Kamikaze: siri mutakhir dan terakhir)

30 tahun selepas Jepun menyerah kalah dalam perang Dunia ke-2 (September 1945) berlaku pertempuran di sebuah kebun getah di Kampung Parit Keroma, Muar. Dengan senjata buatan sendiri aku dan beberapa rakan sekampung berrmain 'perang-perang'. "Sapa nak jadi kominis (komunis) angkat tangan!" begitulah kata kawan aku Si Seman ketika memilih pasukan perang.

Dulu pertengah 70-an, permainan budak-budak kampung bagai ada musimnya. Musim panas main layang-layang, musim banjir main air, musim kemarau main gasing , musim cuti sekolah main sunat-sunat (khatan daaa), musim daun getah luruh main lestik, musim salji main perang-perang pulak haha...

Mana dapat berenggan (mesingan)? Tak seperti hari ni dulu susah nak dapatkan senapang mainan, susah takde duit jadi kami budak-budak kampung buat berenggan sendiri mengunakan kayu. Walaupun tak serupa brenggan sebenar tapi kami berbangga dengan hasil kerja tangan sendiri. Macamana nak buat berenggan? Ini dia cara yang diwarisi turun temurun.

Bahan-bahan mentah yang diperlukan: 1) Dahan kayu berbentuk 'Y'. 2) Parang kontot, dan 3) Sebatang pokok getah. 

Cara membuatnya: Potong dahan-dahan itu mengikut ukurannya, kemudian sambung kayu-kayu itu mengikut rupa berenggan mengunakan tali getah skrap yang ditarik keluar dari alur/bekas torehan pokok getah.

Dah siap tau macamana nak gunakan? Senang aje, pegang laras berenggan tu dengan dua tangan, kumdian halakan  ke sasaran dan tarik pincu!.......... "Err tak meletup pun?"..Opss aku lupa, selepas tarik pincu sendiri sebut kuat-kuat "TRATATATATTTT...", mudah kan? hehe

Ini kawan aku Si Ayob, kalau main perang-perang dia selalu 'jadi komunis'! Sebetulnya dia suka menyorok dan suka diburu. Bila dia menghilang dalam semak susah gila nak jumpa, senang lagi jumpa tenggiling sembunyi, dia memang licik! Tahan dia menyorok berjam-jam tak mau keluar walaupun kami dah menjerit buat pengistiharan tak mau main lagi kerana letih cari dia (sebetulnya dia takut kami tipu dia, jerit bagi tau dah tak mau main tapi bila dia keluar semak kami tembak dia hehe). Pernah kami pakat-pakat tinggalkan permainan senyap-senyap dan biarkan dia menyorok sorang-sorang sampai senja haha. 

Tapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tergolek ke tanah jugak. Ketika Seman bersembunyi dalam semak beberapa ekor semut berjaya menyusup ke dalam seluarnya...

... Bisa sangat barangkali maka bergegas dia keluar semak sambil menjerit dengan tangan meremas-remas seluar...

Mulanya kami sangkakan itu hanya helah, tapi bila dia menjerit sambil tanggalkan seluar baru kami percaya. Kesian, nak tembak tak gamak pulak...hehe

LORD MARVEL, model untuk tentera elit Jepun barangkali.

Selain Seiko tak pernah aku jumpa jenama lain dengan enjin kunci hi-beat!

Permukaan dial klasik.

Tak tau apa strap yang sepadan dengan parasnya yang menawan dan sesuai bila menyarung tangan ku. Maklumlah aku agak kurang gemar memakai jam kuning emas.


Muak dengan tali kulit aku cuba kenakan strap hijau!





Tapi ia lebih anggun tanpa 'pakaian' haha...




LORD MARVEL, sehebat namanya!

5 comments:

  1. adoi la... sakit punggung...

    Lawa Lord Marvel tu

    ReplyDelete
  2. 'Lord Marvel' ni kalau ikut buku sejarah Seiko yang aku ada adalah 'brand model' untuk pasaran negara Amerika Syarikat. Macam Seiko Bell-matic yang bernama 'Business Bell', memang agak rare & susah nak dapattt... tapi kalau berenggan tu boleh dapat... senang. pakat-pakat kita masuk ladang getah. kalau malas nak buat, kirim kat Wak Asan... dia balik Muor nanti dia boleh bikin. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah...tq bro radz!

      Delete
  3. Dulu lepas mghrib tv ada citer combat, askar amerika lawan german, sesapa lalui zaman 70an mesti tau sejarah ni hehe

    ReplyDelete
  4. COMBAT! staringggg... VIC MORROW. and... RICK JASON...kebabo, kebabo, kebabo...

    ReplyDelete