Friday, December 28, 2012

SEIKO KAMIKAZE!

WWR (World War Robot) ini adalah koleksi terbaru seorang rakan yang terhangit di pasaran, "Ooo...robot rupanya, I ingatkan tong sampah..." komen seorang rakan haha.  Apapun tak mustahil suatu hari nanti peperangan akan dikendali sepenuhnya oleh askar-askar besi yang tak takut mati ni.

Bercerita pasal mesin perang aku teringatkan KAMIKAZE, iaitu skuad berani mati askar Jepun yang mendarahi gelanggang WWII, cara serangan tentera kamikaze sangat digeruni musuh, dimana pada pagi 8 Disember 1941 tentera-tentera kamikaze Jepun menjadikan semua pesawatnya sebagai 'peluru berpemandu' yang memusnahkan pangkalan Amerika di Pearl Harbour.

  Namun itu semua tinggal dalam lipatan sejarah, kini tugas kamikaze itu digalas oleh Seiko yang memiliki barisan model-model 'kamikaze'nya. Model 7S26 (gambar kiri) dah pupus dalam pasaran. Sementara yang kanan Seiko 5 military yang masih ada dipasaran. Namun dalam skuad kamikaze ini ada yang jarang-jarang kita temui...

Seiko 7N21-0010! satu-satunya model yang memenuhi ciri-ciri pertahanan sebenar sebuah jam askar! Sayangnya model itu  payah nak jumpa sini.

Serupa askar Jepun ia kelihatan kecik tapi bengis. Tak siapa menyangka Jepun sebuah negara yang tak dikenali langsung oleh kebanyakan penduduk bumi ketika itu mampu menewaskan British dan Amerika ketika itu.

Seiko 'S' berenjin quartz ini serupa dengan Seiko SUS berenjin automatik yang menjadi buruan para penternak Seiko. Berbanding model biasa model ini memiliki sistem pertahanan case back setebal siling 50sen!

Satu 'kelebihan' jam ini ialah tiada 'hari/haribulan'... simple!

...dan istimewanya lagi indek jam tiada luminus! Camana nak tengok jam gelap-gelap?
Apa susah...suluh aje la!

Paparan dial ringkas dan mudah dibaca adalah ciri-ciri jam yang aku minat.

Kombanasi jarum-jarum suntikan putih menarik, jarum jam kontot dan dempak.

Dibawah ni ada lagi beberapa aksi berani mati kamikaze buat ratapan korang.










2 comments: