Friday, November 9, 2012

T-shirt H4U 2013 terbaru!

Tahun 2012 bakal melabuhkan jubahnya.Walaupun sibuk dengan tugasan kerja, aku cuba mencuri sedikit masa untuk meneruskan tradisi membuat/mereka T-shirt H4U edisi ke-3 sebagai kenangan tahunan.

'YELLOW STRAP'

'ORANGE STRAP'

GRAFIK: MANA DATANG ILHAM?
Alkisahnya suatu ketika dulu ketika aku dihurung kebosanan, aku cuba sangkut 3 ketul jam berlainan  bentuk pada seutas zulu strap (3 ketul jam berkongsi satu tali), wow..nampak pelik sekali, disitulah sumber ilham design terbaru T-shirt H4U2013 ini!. UNITY masih menjadi pegangannya dimana bersumberkan minat yang sama para penternak berbeza desa dan rasa berkampung dalam satu ikatan.

 SEUTAS TALI (strap) + 5 KETUL JAM (berbagai era teknologi) =...

...= HETEROGENEITY IN ONE PASSION TIE US (slogan)

SLOGAN: MANA DATANGNYA SLOGAN TU? 
Biasa la...Setelah grafik T-shirt siap aku perlukan slogan sesuai untuk memantapkannya, kerana tanpa slogan grafik umpama muzik tanpa penyanyi. Maka sekali lagi aku dapatkan khidmat bomoh jam sdr Radzi, payah nak tangkap dia ni, sibuk dengan businesnya aje, jadi aku email aje...

Alhamdulillah, setelah seminggu betapa beliau membalas e-mail aku,  "HETEROGENEITY IN ONE PASSION TIE US ALL" (Kepelbagaian dalam satu minat menyatukan semua kita), slogan yang sangat mantap untuk versi terbaru T-shirt H4U2013 ini! Terimakasih sifu Radzi....BEEKK, BAEKKK, BAIKKK!

APAKAH WARNA T-SHIRT H4U2012?
Bagi memeriahkan dunia HARULOGI tanah air 4 warna disediakan! Ada perbezaan sikit pada warna 'strap' pada grafik. Iaitu bagi T-shirt HITAM dan MERAH 'strap' berwarna OREN, manakala T-shirt BIRU dan HIJAU 'strap' berwarna KUNING. (Rujuk dibawah). Dan warna putih bercahya  (glow in the dark) tradisi yang diteruskan.

HITAM (strap oren)

MERAH (strap oren)

HIJAU (strap kuning)

BIRU (strap kuning)

Berikut butir-butir T-shirt H4U 2013 dan terbuka untuk tempahan sekarang:
Saiz: S,M,L,XL,XXL
Warna: HITAM, MERAH, BIRU, HIJAU (warna selain hitam mungkin ada sikit perbezaan dari yang dipaparkan di atas, tertakluk pada stok pembekal)
Harga sehelai: RM50 pcs (termasuk pos) (+ RM5 untuk Sabah/Sarawak)
Harga pakej 4 T-shirt: RM180 (termasuk pos)
Tarikh akhir tempahan: 5hb Disember 2012 (tertakluk pada perubahan)
Cara tempahan: SMS ke 012 3939 084 (NAMA/WARNA S/M/L/XL/XXL)
Bayaran: Yang dah selesaikan bayaran (MAYBANK-HASSAN: 114011119462) bolehlah terus SMS alamat penuh ke 012 3939 084 berserta no h/p utk persediaan penghantaran. Timakasih kekawan!

10 comments:

  1. Anonymous11:38 PM

    glow in da dark xde ke kt rekaan baju kali ni wak asan??

    ReplyDelete
  2. menarik tertarik oooo.....

    ReplyDelete
  3. glow in de dark tradisi wooo...mesti ada

    ReplyDelete
  4. Cantek la, jam sub second ada, jam diver ada, chrono ada, digital ada, jam pilot pun ada..

    ReplyDelete
  5. Anonymous10:09 PM

    terbaik abg hasan

    ReplyDelete
  6. beli sehelai t-shirt free 5 ketul jam pelbagai alam haha...timakasih, sekadar melengkapkan hobi dan berkongsi rasa

    ReplyDelete
  7. Bek, aku nak sebut heterogeneity to lidah aku jadi tergeliat. nak canggih cam horology laaa... heterogeneity dengan horology... H&H... H4U... B&B... Bebek dengan Bobot...wakakakaaaaaaa

    ReplyDelete
  8. klau bro rajin buat sticker pun cantik tu,sapa beli 4 helai free sticker hehehehe...

    ReplyDelete
  9. Mmg sempoi nih,sy mesti pileh (beli)..cuma klau tak jadi masalah boleh saya tau dak brp inci lebar utk saiz L & XL..tima kasih bang asan..

    ReplyDelete
  10. Tercungap2 aku nak sebut hetergeonity...nah aku eja pun dah x betui sebut apa lagi haha. Biarpun sempoi tapi sarat dgn pengertian yang mengajak semua insan-insain berpaut hati dalam 1'tali' dan menjadikan perbezaan sebagai rahmat kehidupan...betul beekkk?

    ReplyDelete