Tuesday, October 2, 2012

Embunan di Saujana...

Jam 11 malam aku dapat panggilan kecemasan dari seorang pengamal jam lama sdr Amar Rahymee. "Boleh turun tak malam nih?"
"Aku balik keja detik 12 malam, jam 12.30 pagi boleh la" jawab aku yang masih gelandangan dengan kerja-kerja opis. 

Alhamdulillah, jam 2 pagi di Al Fareed Saujana Utama kami berembun sambil pekena teh tarik.

Azri, Aniq, Qamarul, Zulhairi dan Amar sanggup mencemar diri berkunjung ke sana demi minat yang sama. Begitulah, hobi menyatukan kita, kemana-mana pergi jumpa dapat kawan. Seronoknya semua membawa koleksi berbeza. 

Hebat-hebat ternakan yang dibawa, kebanyakan tak pernah aku jumpa lagi. Dibawah ni beberapa ketul yang sempat aku tangkap... Nak tengok kat kedai sorry la kerana segala sisa-sisa sejarah ini hanya terkurung dalam kotak mereka.

Cari manapun dah tak jumpa...

Titoni yang sangat unik, setiap bentuk menceritakan peranannya dan bukan rekaan saja- saja. Di kala teknologi lume tak ujud atau berbahaya kerana mengandungi racun radioaktif lagi maka  batu kristal dan ketul besi diguna sebagai indek jam bagi memudahkan penglihatan waktu ketika suram malam.

Apa pentingnya sub-second tu? Kecik dan tak memberikan bacaan sepertimana jarum lain kan? Haha... Subsecond sangat penting buat pengguna jam kunci, ia menjadi indikator samada jam ditangan korang ni masih bernapas atau dah mati.

Apa perlunya corak di tengah dial? Sekadar cantik? Tepat sekali, ia juga bertujuan utk memudahkan penglihatan. Jam-jam lama muka silver juga kerap digandingkan dengan jarum kuning agar di dalam keadaan suram jarum masih terlihat jelas menunjukkan waktunya.

Ini juga serupa, tone berbeza pada dial bagi membantu penglihatan pada jarum.

Waler, nama yang dah terbenam dalam lipatan sejarah. Model-model lama sebegini tak memadai simpan seketul-dua. Sekurang-kurangnya 10 ketul untuk melengkapkan koleksi.

Ciri utama jam lama ialah dial cembung dan glass buncit. Kalau dapat jarum merah cam ni lagi best! "Jam-jam lama kecik2 la..." pernah seorang mengadu bila jam lama yg cantik di gambar sebenarnya kecik. Sebetulnya saiz juga berkait dengan reka bentuk, sesetengah design lebih cantik dengan saiz tertentu sepertimana kereta yang kelihatan cantik dgn warna tertentu.

Maka itu jam-jam lama ini kelihatan cantik kerana 'kena' dengan saiz kecilnya. Ia memberikan pandangan menarik secara keseluruhannya. Jadi bagi aku jam-jam lama sebegini sudah mempunyai pakej design dan saiz yang ideal dan sesuai.

Gruen, berbanding jam-jam jenama Jepun terlalu banyak jenama Swiss yang masih aku tak ketahui. Mungkin dulunya industri ni dah melacak sampai ke kampung seluruh Swiss.

Kena dengan tali kulit buaya.

Korang biasa dengar  nama Sandoz, tapi yang ni Henry Sandoz milik Azri Sandoz.

Jarum saat sangat cantik! Aku memang suka jam subsecond!

Rolex, biasan cahayanya pun mahal.

Beberapa model chrono yang turut serta.. Jarum runcing camni cantik.

Bentuk jarum Mido ni agak berlainan dengan kebanyakkan model lainnya, hujung dampak.

Helbros chrono, payah jumpa nih...
Jam 5.15 pagi kami bersurai secara aman. Semoga kita ketemu di lain kesempatan...
 
BOBOT dan EBEKK!



5 comments:

  1. Gagal hadir..huwaa

    ReplyDelete
  2. Bobot lupa pakai spek la tu... hahaha....

    Betul bro, sesuatu ciptaan mempunyai fungsi jika perekanya menilai banyak aspek. Apabila digarapkan dengan unsur seni, hasilnya suatu jam yg cantik & tak jemu dipandang. Functional & attractive....

    ReplyDelete
  3. persidangan menangis...di tempat yang sama, di meja yang sama , persidangan yang lalu berlangsung, dan kali ini terus berjalan dgn jaya...tazkirah akhir seperti kebiasaan terus diamalkan

    ReplyDelete
  4. Dulu mmg terasa janggal bila tgok jam vintaj yg kbykan kecik belaka, tapi sejak aku layan seketul dua model lama berhari2 tgn dah tak kisakan lagi ttg saiznya.

    ReplyDelete
  5. hmmm, two thumbs up bro, koleksi dan pertemanan yang sama2 menarik... salam dari negri tetangga

    ReplyDelete