Wednesday, September 5, 2012

STRAP WARNA APA YANG SESUAI?

"Bang Hasan, strap warna apa yang sesuai dengan jam saya ni?" Begitulah aduan rakyat yang kerap diajukan pada aku.

Lekat jam dengan sellotape dulu, senang nak bayangkan warna strap yang sesuai hehe...

Jam murah maupun mahal kalau selalu pakai memang nampak jemu, nak mengurangkan rasa jemu maka cara murah dan mudah ialah tukar strap...Jadi bagaimana nak tentukan warna strap yang sesuai?

Biasanya kita menentukan warna strap mengikut warna yang matched/sepadan dengan warna yang terdapat pada dial jam, contohnya kalau dial/bezel/jarum/indeks jam ada merah maka dipilihnya strap yang ada merah juga. Kalau jam terdapat oren dipadankan dengan strap oren juga. Sila rujuk peta di bawah...

Strap hijau belang oren sedondon dengan warna muka dan jarum jam.

Strap belang merah/hitam dipadankan dengan warna pada jam.

Strap belang oren untuk jam dial oren.
 
Jadi, memilih warna strap sepadan dengan warna yang terdapat pada jam adalah satu kaedah biasa yang ramai mempraktikkan cara itu...
 
Tapi dalam pada itu kita lupa satu kaedah lagi...

....iaitu memilih warna strap sesuai dengan pakaian si pemakainya.
Cara ini memberikan kita lebih banyak pilihan warna strap untuk jam kita. Contohnya kalau teringin nak pakai strap biru maka pakailah baju biru juga, walaupun jam tiada elemen biru... memang kena! (Gambar: Seorang model sedang mengayakan strap yang sedondon dengan warna bajunya.)
 
Jadi bagi mereka yang selalu di serang rasa jemu aku sarankan simpanlah beberapa strap berlainan warna dan pilihlah warna apapun asalkan ia sedodon dengan warna pakaian, dan bukan lagi dipadankan dengan muka jam semata-mata. Selamat mencubakkk!

No comments:

Post a Comment