Friday, August 17, 2012

SELAMAT PULANG KE DESA!

Selamat Hari Raya pada rakan-rakan semua, tiada kuih atau dodol nak aku hidangkan disini kecuali beberapa petua berkhsiat buat bekalan di ketika memandu nanti.

Bagi yang pulang ke desa dengan bermotosikal eloklah servis dulu motosikal tu. Pakai topi kaledar tu biar sangkut betul-betul. Juga jangan lupa bawa tiub dan perkakasan membaiki tayar (kalau tayar pakai tiub), kerana kerapkali ketika balik raya aku nampak banyak motorsikal pancit di lebuhraya, bukan sebiji dua tapi berpuluh! Pastinya ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menabur paku!

Bagi yang berkereta pula pandulah dengan berhemah lagi bersopan santun, pandulah seolah-olah mendaki bukit dan bukan memecut seolah-olah menuruni bukit.

Sempena lebaran ini aku hidangkan santapan berkhsiat buat penternak sekalian... BALL SKINDIVER 300m!

Sekali pandang macam Seiko MM300! Ball memang terkenal dengan tiub H3! Semua modelnya diterangi pelita H3!

Sememangnya design klasik tak luput ditelan zaman. Silalah nikmati jamuan seterusnya...







Jenama yang diperkukuh oleh sejarah yang tersendiri.




Dan akhir sekali buat semua yang mengenali diri ini aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN.

2 comments:

  1. Selamat hari raya bro! Semoga kita semua selamat dalam perjalanan & dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  2. san berapa harga ball tu? terbaik laa...

    ReplyDelete