Wednesday, August 15, 2012

Kerlipan pelita malam tujuh lekor..

Malam tujuh lekor adalah 7 malam terakhir Ramadan. Malam itu dipasangkan pelita-pelita menerangi halaman rumah. Kata nenek aku pada malam tersebut dibebaskan roh-roh kaum keluarga bagi menemui keluarganya, maka sebab itu halaman rumah perlu diterangi dengan cahaya haha...

Penjelasan nenek itu mungkin sesuai buat kanak-kanak seperti aku, lalu malam itu kami nyalakan pelita sambil bermain bunga api.

Maka secara tak langsung penghujung ramadan itu menjadi lebih meriah dari sebelumnya bahkan siang dan malam berbagai aktiviti dibuat untuk menyambut raya, si bapa bersolat tarawih dan bertadarus manakala si ibu sibuk menjahit baju, langsir dan membakar kuih manakal budak-budak membantu atau bermain di laman dan sepekara yang mesti ialah mengecat rumah.

Penghujung malam tersebut juga bapak aku akan melaksanakan upacara tradisi iaitu menjenang (masak) DODOL! Dodol.... buruk bunyinya tapi sedap.

Malam terasa sepi tanpa mercun, mesti nak dengar juga TAM! TAM! TOM! Kalau mercun  habis inilah masanya aku guna garam. Campakkan aje ketul garam ke bara api, ia akan meletup berserta percikan bara api! Si Abu yang ajar haha...

Ini hah kawan aku si Abu, dia ni selalu pakai seluar koyak kelengkang maka selalu le kena gelak kekawan tapi selamba dia jawab "aaha...dosaaa, mati masuk neraka...", ishhh bengang tul aku.

Tapi dia suka berkawan, pagi-pagi lagi dia dah dok main sesorang tunggu kekawan bawah pokok rambutan, ada saja mainan yang dibuatnya.

Abu pandai buat pelita guna tin buangan, sumbunya dari kain buruk yang dipintal. Sepekara lagi dia suka hasut kawan-kawan yang puasa, "Udin, taik hidung kat lubang hidung ko!" acahnya, sebaik aje Udin korek hidungnya Abu gelak dan kata posanya dah batal, sebetulnya dia cemburu kat kekawan yang berpuasa sebab dia selalu tak puasa.

Gelembung-gelembung panas yang 'bersiul' terhasil di permukaan dodol, fenomena pelik yang dapat disaksikan setahun sekali haha....Dan diakhir bulan berkat ini aku ucapkan Selamat berpuasa semua rakan-rakan harulogi dengan doa semoga amal ibadah kita diberkatiNya.

8 comments:

  1. Aku masa kecik dulu pun biasa tengok atok aku kacau dodol. Mak aiii ... dari pagi sampai ke petang tak abis! Dari cair sampaile likat melekat kena menyodok dodol tu.

    Selamat Hari Raya San! Mintak maaf kalau ada salah dan silap.

    ReplyDelete
  2. hehe
    bab dodol tu betul
    penat kacau dodol
    last kacau dodol tahun 2007
    masa tu arwah opah aku msih ada
    dia dah tak larat, tapi cucunya semua dah beso
    maka kitaorg lah kacau
    haha time lembut semua rajin
    time dah nak liat sudahnya yg tua tua juga kena
    kenangan
    arwah opah aku meninggal 2008
    dodol dgn lemang kitaorg tak buat sendiri dah
    perginya dia, ibarat pergi semua benda yg aku selalu buat bila menjelang raya
    al-fatihah

    ReplyDelete
  3. Tahniah bro, lukisan di Detik Dua belas ni pengubat rindu suasana di kampung dahulu. Sekarang tiada lagi.....

    betul amar, hari raya berseri semasa ada atuk dan opah, sekarang ni pula masa anak-anak kita...atuk dan opah pun sama, berseri muka mereka bila cucu-cucu balik.

    ReplyDelete
  4. Kuali dodol dah lama tak diperasap, tak mustahil ketupat pun bakal pupus. Kita bakal kehilangan adat dan budaya beraya cara kmpung yang unik dan meriah.

    ReplyDelete
  5. ...ramai tak puasa sbb dodol...

    ReplyDelete
  6. menjenang... kupat..
    msh aku teringat...

    ReplyDelete
  7. enak'e loh... kesel arek ngudek jenang... dikon nggodok kupat yo melayu... nak mangan... kabeh nggelek sampek rak weroh wong buri... opss tercakap jawa plak... terbaca bab jenang tu... folo ye bro...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous2:41 AM

      Wes suwi aku orah kerungu jowo haha- timur

      Delete