Tuesday, July 3, 2012

ORIGINAL 'MAK LAMPIR'!


Apa perasaan korang jika tersedar dari tidur jam 2 pagi dengar bunyi dengusan rakus sedang menghirup makan kat dapur?

 Itulah yang berlaku terhadap adik aku sekeluarga di Johor seminggu lalu. Petang itu berlaku kematian dirumah jirannya seorang perempuan yang lama menderita barah. Selesai dikebumikan isterinya membawa pulang  
sehelai kain bidai yang digunakan ketika mandi mayat untuk dibasuhnya. Peliknya walaupun di basuh bau stanggi masih kuat melekat. Adik aku kata malam tu rumahnya kuat bau stanggi, mulanya dia rasa semacam tapi perasaan tu di bakul sampahkan aje. Jam 10.30 malam dia bersama isteri tidur di bilik utama, manakala 2 anak perempuan dan 3 anak lelakinya di bilik masing-masing berhampiran dapur.


Sekitar jam 2 pagi anak perempuannya Zu 10 tahun terjaga oleh bunyi pinggan-mangkuk berlaga di dapur. Dari langsir pintu biliknya dia mengintai ke dapur yang terang kerana lampu dapur memang dinyalakan tiap malam ...

..."Zu nampak perempuan baju putih rambut pendek berdiri depan singki dapur sambil menyelongkar pinggan-pinggan kat situ. SRUPP! SRUPP... bunyinya macam hirup kuah mee maggi!" Kata anaknya tu. Kejadian itu juga disedari oleh anak lelakinya Amat 11 tahun yang tidur di bilik bertentangan, katanya dia lihat perempuan baju putih mundar-mandir kat dapur macam mencari sesuatu, tapi masing-masing mereka tak berani keluar bilik.

Pagi itu mereka berdua ceritakan hal itu pada ibu bapanya, apa lagi kain bidai mandi mayat yang di'syaki' semalam terus dibuang. Menurut anaknya, lembaga itu menyerupai jirannya yang meninggal petang itu. Apa yang adik aku dengar sepanjang terlantar sakit jirannya itu pernah berkata "Aku nak makan sangat tapi muntah selalu ..."

*Kalau nak rasa seram lebih berkesan aku cadangkan korang tutup lampu tengah malam dan baca kisah 'mak lampir' ni sorang-sorang.  Kalau tak seram jugak korang pegi kubur  malam-malam baca kat sana sorang-sorang!! "Melampau tu san" kata kawan aku hehe)

3 comments:

  1. blog kombinasi dunia mistik dan dunia horology.....satu menyeramkan jiwa, satu lagi menyeksa jiwa.....adoiiii

    ReplyDelete
  2. Mak lampir tu pakai jam tak Beek, jam apa ya.....ekeke

    ReplyDelete
  3. Jam apa? Guess atau Ghost kut?

    ReplyDelete