Thursday, June 21, 2012

Memandu 340km untuk menjamah sepinggan nasi?

Sabtu aku sekeluarga bertolak ke Maran, Pahang bertujuan memenuhi jemputan majlis kawin saudara dekat (sebelah isteri). Kerana kesibukan jam 1.00 petang barulah aku dapat bertolak, hampir rasa tak bersemangat kerana kelewatan itu dan bakal memandu lebih 170km pula.

2 jam setengah memandu akhirnya aku sampai di rumah kenduri jam 3.30 petang. Lengang, tiada  lagi tetamu jemputan kecuali aku sekeluarga sahaja, rupa-rupanya majlis kenduri dah lama selesai. Setelah bersalaman dengan tuan rumah aku menceduk nasi yang tinggal sepinggan dua dengan baki lauk yang ada. Nak jumpa pengantin pun tak dapat kerana mereka dah ke rumah sedara mara,  "Kau lambat sangat Hassan, pengantin dah bukak seluar pun..." kata Pak Andak (tuan rumah) berseloroh haha.

Selesai bersembang pendek kami sedia nak bertolak balik. Belum pun hilang penat memandu tadi kini aku memandu balik pulak. "6 jam aku memandu barat ke timur semata-mata menjamah sisa nasi kenduri? Seolah-olah datang nak menampakkan muka (kehadiran) aje"- begitulah fikir singkat aku.

Namun setelah aku renungi disebalik lipatan perjalanan itu terserta berbagai bentuk urusanNya. Iaitu, bermula dirumah membeli makanan untuk persediaan perjalanan, membayar petrol di stesen minyak (hakikatnya melunaskan sebahagian rezki ku di situ), membayar tol (hakikatnya utk penyelenggaraan dan gaji ramai kaki tangannya), berhenti makan di R&R (bagi menyampaikan rezki pada peniaga gerai2 disana) dan berbagai lagi hikmah yang tak dapat aku lihat!

Sebagaimana biasa setiap hari Sabtu juga aku akan keluar bersama koleksi vintaj... Menikmati mod yang berbeza!

Ketika balik aku ternampak sebuah kedai jam di pekan Maran, harap-harap terjumpa le model lama tapi hampa...banyak jam 'plastik' aje.

Boring lama memandu aku layan muzik rock dan irama klasik sambil merakam pemandangan sekeliling yang berjerubu. Awan di sekeliling matahari itu jelas berbentuk 'tengkorak' sedang membaham matahari, aku terlewat beberapa saat sebelum imej yang sempurna itu 'pecah'.

Panda ini juga seakan-akan berbentuk tengkorak hehe...

Jam hampir 7.00 petang dan aku masih di puncak lebuhraya. Time ni aku mata aku dah mula mengantuk keletihan.

Seiko Panda sangat segak dikenakan dengan tali kulit. Aduhhh sengal...memang tangkap otot!

Sangat cantik dan masih cantik sampai kini.

Memandu 340km untuk menjamah rezeki sepinggan nasi kenduri? Kalau ada sebutir nasi yang ditakdirkan menjadi rezki kita di hujung dunia nescaya kita akan kesana untuk menjamahnya tanpa kita ketahui hakikat disebaliknya melainkan Dia, begitulah yang aku rasakan. Yang jelasnya di sepanjang perjalanan ke Maran aku ada mengeluarkan RM200, dimana semua itu telah aku 'agih-agihkan' disepanjang perjalanan itu pada yang 'berhak'. 

Begitulah ribuan urusanNya yang berlaku disebalik  'Memandu 340km untuk menjamah sepinggan nasi.' Maka itu jangan anggap sia-sia suatu urusan yang zahirnya nampak kecil/tak berbaloi dan tak menguntungkan diri. Kerana disebalik urusan kecil kita itu terkandung berlapis-lapis urusan besar (Nya). Wallhualam...

6 comments:

  1. Anonymous8:23 AM

    Nice garapan citer ko..terasa plak kerdilnya kita disisi-NYA

    ReplyDelete
  2. betul tu san..kekadang kita terlupa.. terima kasih kerana mengingatkan.. :)

    ReplyDelete
  3. timakasih banyak2 San kerana tolong aku melangsaikan niat aku...tersirat tu haha

    ReplyDelete
  4. cerita yg sangat menarik bro!

    ReplyDelete
  5. Subhanallah.... tidak bergerak sesuatu tanpa izinNYA

    ReplyDelete
  6. sangat betul tuan syed...

    ReplyDelete